Salam min.. tolong hide profile saya.. saya cuma mahu mintak pendapat.. Saya dah berkahwin hampir 2 tahun dan mempunyai seorang anak berumur 7 bulan.. Saya tinggal bersama ibu setelah kemergian arwah abah.. ibu saya yang menjaga anak saya. Selain saya, suami dan anak, yang tinggal bersama ibu saya seorang adik perempuan yang bekerja shif dan seorang adik lelaki yang masih bersekolah pagi..
Saya bekerja waktu office housr. Suami pula bekerja sebagai pemandu lori.. lori suami saya kerap kali rosak, dan jika rosak dia tidak dapat pergi berkerja.. baru-baru ni hampir seminggu suami tidak bekerja kerana lori rosak. bila saya dan adik- adik pergi bekerja dan bersekolah, maka tinggal suami dah ibu saya dirumah. Pintu rumah pula selalu berkunci disebab kan ada kucing luar yang akan masuk ke rumah.
Baru- baru ni saya ada terbaca kisah berkaitan suami curang bersama Mil. Hati saya tercuit jika suami ada hubungan dengan ibu saya kerana banyak benda yang ibu saya tahu pasal suami saya sedang kan saya tak tahu. Contoh nya, ibu saya tahu suami saya nak pergi memancing di mana sedang kan hari yang suami nak pergi baru saya tahu dia memancing di mana. Dan lagi satu, sewaktu saya balik kerja hanya tinggal suami ibu dan anak saya di rumah dengan pintu yang bertutup.
Saya seperti tak sedap hati Maka saya mengajak husband pindah secepat yang mungkin. Saya terus cakap dengan suami yang saya tak nak dia duduk di rumah walaupun lori dia rosak. saya mintak suami cari lori ganti agar dia tak duduk di rumak sewaktu saya dan adik-adik bekerja dan bersekolah. Saya kerap kali cakap dengan husband tak elok duduk berdua dengan mil dengan pintu bertutup. Husband dapat agak yang saya fikir negativ pasal dia dan ibu.
Husband janji yang dia akan tetap bekerja dan tidak akan balik kerumah jika di rumah hanya tinggal ibu saya. Sekarang pula, hati saya berbelah bahgai untuk pindah disebab kan ibu saya akan sunyi jika saya pindah ke rumah lain dan tiada siapa yang akan bawa ibu ke pasar. Selain tu juga, arwah abah pernah mintak saya jaga ibu dan adik-adik jika dia sudah tiada. Sekarang saya dalam dilema untuk pindah sebab saya mudah kesian lagi-lagi pada ibu saya. Itu sahaja lah luahan saya.