Assalamualaikum min, tolong hide kan profile saya. saya takde tempat meluah min, saya rasa sini jer tempat yang saya ada selain mengadu pada yang-ESA,
saya seorang isteri & mempunyai 2 anak kembar lelaki yang comel berusia 8 bulan. Alhamdulillah Kehidupan saya okay min, pakai, makan minum semua cukup, suami saya kerja sebagai dokter, kami dah kawen 3 tahun, Dia baik, bertanggungjawab tapi dia jarang ada masa untuk kami di rumah, selalu oncall jer, dan kami jarang communicate, bila saya ajak borak je, dia cakap “tunggu lah abg sibuk ni, nanti yer” ..tu jer jawapan dia ulang2 walaupun duduk sebelah2 min..
Hmm, saya bukan apa min, saya nak sangat berbual dengan suami saya. Kami kawen dulu pilihan keluarga, dulu dia okay ada jugak ajak borak2 walaupun takde topik tapi sekarang ni kalau dia ada balik satu rumah atau sebilik nak tidur ke masa nak makan ke duduk ruang tamu tengok tv pun susah nak dengar dia bukak mulut, tak pernah sikit pun dia tanya pasal anak2, dia tengok jer saya layan si kembar, dia layan tengok tv balik. kalau nak whatsapp atau call hanya benda penting jer boleh.. tapi nafkah semua okay takde tak bagi, cuma dia selalu sibuk dengan kerja dia.
Ya saya tau min, dia sibuk sebab nak cari rezeki untuk saya & anak2, tapi salah ke bahagikan masa untuk saya & anak2 ? kadang2 bila saya jalan bawak anak2 ke taman, atau beli barang keperluan rumah, saya cemburu tengok family lain, walaupun hati saya kata “sabar, nanti suami saya akan ikut saya & anak2 jalan2 macam diorang” … tapi kadang2 saya lemah min, tanya diri sendiri kenapa suami tak mcm org lain, semua benda saya buat sendiri. saya bukan tak bersyukur min, saya bersyukur sangat2, saya cuba faham dengan kerja dia dalam masa 3 tahun, cuma saya nak perhatian daripada suami saya jer. tuu jer.
3 tahun min, lepas kawen ada anak dia terus jadi pendiam, cakap mana yang penting & ringkas jer. walaupun dia sibuk, tapi tak salah nak bahagikan sikit masa untuk family, orang lain pun ada jugak kerja doktor tapi tak sesibuk dia.. saya pernah berbincang dengan dia tapi dia jawab “abg penat, nanti2 lah yer” …. kalau dia cuti, dia duduk dalam bilik jer hadap laptop dia buat kerja dia. tuu pun dia kena sentiasa standby handphone tak boleh silent, bila2 masa ja dia kena oncall. Saya mintak min doakan saya semoga saya terus bersabar & bersabar.. maaf kalau saya tulis ada tunggang langgang, tapi itu lah saya rasa. saya nak perhatian dr suami saya walaupun beberapa saat jer.
Tq min.




