Salam min. Tolong hidekn profile ye. Nama saya amir, saya ada isteri nama dia zulaikha. Saya berkahwin dengan zulaikha ni sudah 5tahun. Anak baru nak masuk sorang. Apa yang saya cerita ini saya harap jadi pengajaran buat suami2 seperti saya. InsyaAllah. Zulaikha berasal dari keluarga susah, makbapak dia dah bercerai berai dan dia seorang yang tak berapa tahu sgt ajaran agama sebelum kahwin dengan saya. Saya berkenalan dengan dia sebagai kawan pada mulanya. Kerana saya ni baru ditinggalkan kekasih hati ketika itu saya terdesak dan terus mengajak dia untuk berkahwin.
Dan paling sy tak sangka dia setuju dan dia kenakan hantaran pada saya hanya rm5, 000. Masa tu saya rasa dalam hati ‘murahnya engkau ni’. Memang masa kami bertunang kami jarang bersama kami jarang jumpa tapi hari2 aku tex dia. Dia akn cakap dia pergi lepak dengan kwn2. Bila aku jumpa dengan dia. Dia mmg tak pernah tex laki lain kecuali aku. Mmg betul la perempuan ni fitrah dia seorang yang setia. Berbeza dengan aku, aku berasal dari keluarga yang agak kaya, makbapak aku org dikenali. Adik beradik aku 2org sahaja. Apa yang aku mintak makbapak aku akn tunaikan. Jadi aku pun taknak sambung belajar.
Apa kerja yang mereka bg pun aku taknak pergi. Tp bila umur dah meningkat masuk 30an. Aku dah berkerja dan skrg aku seorang penjawat awam yang gaji nya hanya la 1,500 sebulan basic. Berlainan dengan isteri aku. Walaupun dia mcm tu. Dia rajin bekerja sampai sekarang dia dah menjadi seorang boss dan gaji dia lebih besar dari aku. Padahal dia lebih muda 5tahun dari aku. Selepas kami berdua berkahwin. Aku menetap di rumah org tuaku alasan nya aku takde duit nak sewa rumah. Walaupun hakikat nya aku ada duit. Aku suruh bini aku bertahan untuk setahun dua je. Sampai aku ade duit.
Walau kdg2 dia ckp dia boleh pakai duit dia. Tp biasalah kita suami mesti ada ego. So aku ckp takpyh. Hampir 2tahun kahwin masih takpindah2.. Isteri aku ni terus jadi marah2 dia taknk duduk situ sebab tiap kali ktorg gaduh makayah aku akn masuk campur. Dan salahkan isteri aku. Aku mmg takkan backup dia sebab aku taknak makbapak aku takbg aku duit lg lpsni. Kitorg selalu gaduh. Sampai aku pun dah pandai jerit dekat dia. Aku byk kali ungkit dia dengan keluarga dia tu mmg takde agama taktau hormat org. Padahal lps kahwin boleh nampak dia yang banyak sembahyang drpd aku.
Bila dia mintak aku ajar dia mengaji aku selalu tolak alasan penat. Sampailah 5tahun ni.. Akhirnya dia mengandung.. Dan masih lagi duduk dalam rumah mak ayah aku. Sekarang dia byk senyap. Sebenarnya isu ktorg gaduh puncanya dari aku yang selalu mengatal dengan perempuan lain. Byk kali aku kantoi dengan dia. Tp aku taknak mengaku salah pun. Aku cuma ckp kat dia aku mengatal je bukan sampai nk kahwin pun dengan perempuan tu. Haha bod0h kan aku. Kalau korang nak tau.
Sejak dia kahwin dengan aku. Isteri aku terus berpakai tudung menutup aurat. Sebelum kahwin dia mmg seorg yang seksi. Tapi lps kahwin dia takmcm tu lg. Dia lain dri apa yang aku kenal dlu. Dia selalu ckp dengan aku, abang.. Abang nak masuk syurga tak, kalau nak, abang bahagiakn syang dan setia dengan syang insyaAllah abang pun bahagia. Byk kali dia ckp mcm tu tp aku buat bodoh je sebab bagi aku dia dh mmg syangkn aku dan mmg takkan berani tglkn aku. Tp aku silap…aku tak sangka.. Akhirnya dia tinggalkn aku jugak. Besar kuasa Allah yang aku tak tau, pada hari dia melahirkan anak aku 2/1/2019. Dia telah pergi selepas dia melahirkan puteri kami aaisya.
Masa doktor cakap dia takde tu jantung aku tiba2 stuck. Aku pitam. Aku rasa dunia aku gelap.. Mak aku tak habis2 suruh aku azankn dlu puteri kami. Tapi aku tak boleh bergerak. Ya Allah cakap dengan aku ni hanya mimpi. Kenapa aku rasa mcm ni. Kenapa beratnya dugaan ni. Bila doktor suruh aku uruskan pengebumian dan boleh la tgk dia muka dia. Ya Allah aku tak sanggup. Aku jalan perlahan2. Airmata aku tak berhenti. Dari jauh aku nampak wajah dia yang cantik yang bersih dan yang kepenatan. Abang dtg syang… Aku hanya mampu pergi di telinga dia. Dan cakap.. Abang redhakan zulaikha pergi, abang halalkan makan minum zulaikha, abang ampunkan semua dosa zulaikha pada abang.. AKU TAK MAMPU KATA APA LAGI KECUALI MEDIAMKAN DIRI KERANA terlalu sedih..
Zulaikha seorang isteri yang baik, dia bidadari syurgaku, skrg dah 3bulan arwah tiada. Dan aku membesarkan aaisya dan aaisya la pengubat rindu aku pada zulaikha. Setiap masa aku merindukan zulaikha. Aku rindukn cara dia melayan aku seperti raja, rindu masakan dia. Walaupun dia balik kerja pukul 9malam dia takpernah takmasak untuk aku. Dia lakukan semua tanggungjawab dia dengan sempurna. Bod0hnya aku selama 5tahun aku dengan dia aku sibuk layan nafsu aku mengatal dengan perempuan lain. Aku tak menghargai dia.
Skrg dia dah takde. Setiap saat aku terbayangkn wajah dia. Setiap doa abang ada namamu zulaikha. Zulaikha ni ada satu buku kewangan yang mana dia ni seorang yang sgt displin. Dalam buku tu byk pengiraan gaji2 dia kemana tiap bulan. Dan aku terkejut separuh gaji dia hanya lah untuk bersedekah semata. Pada makayah dia, adik beradik dia, sedangkn itu semua tanggungjwb aku. Sampai aku bg dia nafkah rm100 atau rm50 pun dia tak pernah menyoalkn malah mendoakan rezeki aku. Makan minum pakai aku semua dia belikan sebab bila dia mintak aku, aku ckp takde duit. Dia hanya menganguk dan esok dah ade dah dia beli sendri.
Hujung bulan bila dia takde duit, dia akan mintak dengan aku tapi aku msti akn tnye mana duit gaji dia semua, aku marah dia kenapa taksimpan. Padahal semua tanggungjawab aku dia yang buat Ya allah. Bila aku tgk buku ni baru aku tau mana duit dia pergi. Zulaikha.. Maafkan lah abang. Abang gagal bimbing zulaikha. Abang sia2kn kesetiaan zulaikha. Skrg takda siapa dapat ganti zulaikha. Abang hanya nak bersama zulaikha balik untuk tebus semua dosa2 abang. Tunggu lah abang syang.. Abang akan jaga anak kita mcm yang zulaikha nak. Zulaikha nak abang jadikan anak kita polis kan sebab zulaikha selalu ckp nak aaisya ni jadi polis sebab tu cita2 zulaikha kan syang..
Abang selalu doakn zulaikha.. Terima kasih ajarkan abang erti cinta dan rindu, walaupun abang ni suami yang jahil. Tapi zulaikha tak pernah tinggalkn abang.. Syurga lah buat isteriku zulaikha bidadari syurgaku.. Pada suami2 diluar sana, aku tau kita ni lelaki nafsu mengatal kita tu kdg2 uncontrol. Tp percayalah cakap aku. Jaga lah solat, ingat isteri dan wajah isteri selalu. InsyaAllah kita akn dpt kawal dan bahagia. Happy life is happy wife.




