Hidup berumahtangga ni mesti semua inginkan zuriat sendiri. Alhamdulillah 5tahun bersama pasangan aku,
Kami dikurniakan 3 cahaya mata. Yang sulung anak angkat kami sekarang berumur 5 tahun, manakala yang kedua 4 tahun dan bongsu 7 bulan. Kesemuanya lelaki. yer suami tanggungjawabnya bagus sekali Alhamdulillah tak pernah abaikan kami anak beranak. Dan aku surirumah sepenuh masa. Sambilan hanya mengambil upah menjaga anak2 orang lain.
Suami rajin melayan kerenah aku untuk kesana kesini pada hari cuti macam mana nak luahkan pon aku tak tahu zuriat dikurniakan keinginan bersama sedap bersama. Tapi melahirkan yang merasa sakit perit dari mengandung sampai lahirnya zuriat si isteri seorang. Suami aku bukan seorang yg ringan tulang membantu isteri dia dari segi jaga anak2 dirumah. Yer, faham dia penat bekerja. Tapi waktu kerjanya 8 pagi hingga 6 ptg. Sedangkan si isteri 24/7. Bukan mengeluh tapi itulah hakikat hidup si isteri.
Tahniah alhamdulillah bagi mereka2 yg dpt suami ringan tulang menolong isteri dirumah. Suami aku tahu balik, duduk di sofa melayan ig fb. Bila dimintak dukung anak layan anak malas, skjp lah apa lah. Tidak dinafikan dia memang rajin bawa kami keluar berjalan semua tapi bila di rumah ibarat patah tulang aku sibuk mengajar anak belajar, dia tido membuta pdhal dgr anak kecil menangis. Bila ditegur, buat muka tapai dilenyek lori. Kdg anak2 jadi mangsa bila aku keletihan. Bagi aku anak2 adalah tanggungjawab bersama.
Memang aku tidak bekerja tapi tak bermaksud aku tidak penat. Aku manusia bukan robot. Segala Keinginan dia aku turutkan. Tapi masih takde rasa ingin tolong menolong. Dari anak pertama sampai yang bongsu, cebok berak salin pampers anak memang boleh kira berapa kali saja dia buat itupun sebab aku sakit bersalin di hospital. Berpantang aku sendiri semua sendiri. Kadang2 rasa diri ni gler. bukan tidak bersyukur, ini skdr luahan hati seorg isteri dan ibu.




