Sebenarnya apa yang aku nak cerita ni mungkin akan menerima kecaman ramai. Tapi aku nak cerita sebagai pengajaran, aku dah stop pun buat semua tu. Sekarang dalam fasa nak move on. Ceritanya macam ini, aku ni isteri orang, ada stable job, ada syarikat sendiri, ada anak seorang dan alhamdulillah, suami aku jenis yang kerja elok juga. Kiranya kehidupan aku ni baik juga, aku pun happy dengan kehidupan aku walaupun ada juga serabut kadang-kadang. Aku selalu update facebook cerita pasal life aku, share pasal anak aku etc.
Ada satu masa ni aku dah jarang update, tiba-tiba kawan baik aku masa undergraduate contact aku, “Assalam xxxx, apa khabar? lama tak nampak update dekat facebook”. Aku pun terkejut juga sebab tak sangka ada orang baca status merapu dekat facebook aku. Kemudian dia call aku, aku just update hidup aku, dia pun update hidup dia. Boleh kata kehidupan dua-dua kitorang ni selesa.
Entah apa mimpi, sejak message dia tu, aku teringat cerita beberapa tahun lepas masa zaman undergrad. Dia confess yang dia suka aku, tapi masa tu aku tak interested nak bercinta masa degree. Aku dengan dia budak first class. Aku ni nerd juga. So aku anggap confession dia tu macam angin lalu, aku tak ambil serius. Then, lepas confession tu aku tak ambil tahu apa cerita dah pasal dia. Aku pula terus kahwin dan pergi overseas sambung belajar. Ada la sekali sekala dia wish birthday tapi aku tak reply. Dia pun dah ada girlfriend. Now dah kahwin, anak dua orang dah.
Tapi kali ini bila dia message aku, aku jadi macam ‘syok’. Dia pun kerap message aku. Entah apahal entah. Almost everyday kitorang message. Daripada aku jarang update status facebook, aku kembali update secara kerap sebab suka kalau dia baca. Kadang dia message cakap, “suka tengok update awak dekat facebook”. Kitorang tahu buat macam ni tak elok. Tapi syaitonirrajim hasut. Aku nak buang rasa serba salah, aku cakap dalam hati “Ala bestfriend je, aku bukan pegang dia ke apa”.
Mula-mula kami sekadar Whatsapp secara kerap tanya itu ini. Benda ni macam jadi ‘addicted’, kadang saje message tanya benda tak penting, bergurau, semua dalam Whatsapp. Tak sampai tahap cakap lucah la. Almost everyday sembang benda tak penting, “Anak awak buat apa? Dah tidur ke?” “Tender awak dah submit ke?”. Dia melayan, aku pun melayan. Buat perangai! Dengan alasan, “Bestfriend, bukan buat apa pun”.
Nak dekat setahun message, isteri dia baru lahirkan anak. Lepas isteri dia dapat baby kitorang pun dah jarang contact. Takde ayat penutup, takde ucapan selamat tinggal, terus letak noktah. Masing-masing macam faham. Aku rasa kitorang dua rasa macam serba salah. Takde istilah bestfriend antara isteri orang dan suami orang. Aku berazam tak nak contact dia lagi. Untuk aku move on payah juga. Now aku alihkan fokus aku. Semoga aku istiqamah. Korang doakan aku.




