Salam min n warga krt… Terlebih dulu tolong hide kan fb ni, fb ni dh usang sejak hancurnya hati dan perasaan aku…
Terdetik dihati, bila terbaca kisah2 senasib bila wanita bertukar status ke janda… ya aku juga bergelar janda sejak setahun yang lalu, alhamdulillah berkat doa n tawakal kepada allah aku mampu berdiri dikaki sendiri dalam membesarkan anak aku min.. memang sedih min, siapa la nak bergelar janda lagi2 dalam usia yang muda, tapi kita perlu terima ketentuan yang ditetap kan buat kita, memang bukan ini yang kita nakkan, tapi percayalah selepas apa yang kita lalui pasti ada hikmah yang allah swt selitkan..
Hari ini min, aku mampu tersenyum bahagia tanpa memikirkan beban dihati bebas terbang kesana kesini tanpa perlu memikirkan derita hidup, aku mampu membesarkan anak dgan hasil titik peluh sendiri tanpa meminta pada orang, aku mampu penuhi setiap permintaan ank aku, mampu bawa anak travel setiap bulan walau kat dlm malaysia je tapi bagi aku ckup2 bahagia min.. perasaan bahagia yang tak mampu aku gambarkan… jika dikenang hidup rumahtangga aku byak derita dari bahagia, sepak terajang makanan aku setiap hari, aku dilayan macam smpah oleh keluarga mil, aku dibuang mak ayah, adik beradik, jiran2 sebab bersuamikan kaki baran,.. aku hampir ditangkap polis kerana bersubahat melindungi bekas suami menjadi tokan dadh.. allahu betapa berat dugaan aku waktu tu, air mata dah terlalu kering untuk mengalir…
Dengan kuasa allah swt, berkat doa aku siang malam, allah permudahkan sgala2nya… proses bercerai yang agak rumit menjadi mudah, itulah kuasa doa orang2 teranaiya sentiasa dimakbulkan… harini aku berjalan jauh, tanpa mahu menoleh lg kebelakang…
Buat bekas suami, aku tidak pernah berdendam aku halalkan rasa sakit yang pernah aku rasa dulu, aku tidak membenci tapi aku bersyukur bertemu dgan kau, kerana aku berlajar menjadi seorang yang kuat.. tidak pula aku melupakan, kerana engkau la aku belajar mencinta, menyayangi kerana engkau adalah cinta pertama aku.. aku tidak pernah melupakan segala kebaikan yang pernah ada pada diri kau, kerana kebaikan itulah aku menjadi buta dlm memilih imam hidup aku… aku sentiasa doakan kebaikan kepada kau, agar diberi kesihatan, kebahagiaan, selamat di dunia dan akhirat.. berkenaan tuntutan nafkah anak, aku tidak akan panjangkan kes ke mahkamah, sudah cukup untuk kesekian kali aku cheak acc takda satu sen pun yang kau beri buat anak… takpe syang, aku takkisah kau takbg nafkah untuk anak,tapi dosa tu nanti kau akan jawab di akhirat kelak..
cuma aku nak tanya, sayang cam lagi tak muka anak? kenapa tak penah datang jengkuk anak? takpe sayang, aku tak kisah kalau kau tak datang tenguk anak, sebab sekarang ank tak kurang kasih syang, aku akan pastikan anak kita sentiasa bahagia.. sayang tak payah risau, aku tak pernah buruk2 kau dekat anak, tak pernah aku cerita supaya ank membenci daddy dia.. aku tak akan ajar ank untuk membenci dan berdendam dgan daddy dia..kau tahu syang,anak kita masih ingat daddy dia pernah pukul mama dia.. sedih kan, walau waktu dia baru umur 3tahun, tapi sampai harini dia ingat semua tu.. aku harap kau bahgia dgan hidup kau syang.. aku, kau takpayah risau aku dh cukup bahagia dgan ank, untuk terima mana2 lelaki aku rasa cukup jela syang jd cinta terakhir aku..aku dh serik untuk mgenali mana2 lelaki..
Buat,wanita senasib dengan aku, bangun la untuk mengubah hidup korang, tak da guna untuk kita pertahankan perkahwin dgan lelaki yang tak berguna n tak bertanggunjwap.. untuk apa kita bersedih kalau kita sendiri mampu untuk bahagia.. muhasabah diri, tanya pada diri perlu ke tak untuk teruskan hidup dlm derita macam tu..sedangkan tanpa suami kita mampu pergi jauh, mampu lebih bahagia… bukan niat aku untuk galakkan penceraian tapi sekurangnya wanita mampu untuk tentukan bahagia dan derita hidup, sampai bila nak jd hampa pada lelaki yang tak pernah menghargai sesebuah perkahwinan… Sekian min, terima kasih sbb siarkan…