Salam min. Mohon hide fb saya. Sebenarnya sekadar meluahkan perasaan.
Saya dan suami dah berkahwin 9 bulan dan saya sedang mengandung anak pertama kami yang sekarang masuk 38 minggu. Masalahnya sekarang kami tiada lansung duit untuk emergency kalau saya tetiba bersalin. Barang baby kebanyakan orang sekeliling bagi. Pampers apa smua tu saya ikhtiar dapatkan free daripada sign up laman web.
Saya ni baru tamatkan pelajaran saya bulan lepas. Buku2 saya semua saya jual kepada junior2 sebagai persediaan untuk beli apa yang patut. Suami pekerja government selama saya belajar dia yang banyak tanggung segala perbelanjaan saya termasuk yuran2 Kami ada beli kereta 2nd hand yang kecil untuk mudahkan apabila tetiba saya bersalin. Dan lagi suami saya akan bawa grab sebagai part time. Tapi, sesiapa yang ada pengalaman bawa grab saja yang tahu hasilnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Saya sangat kasihankan suami saya yang tersangat letih. Kadang 3pg baru balik rumah buat grab, esok jam 7.30pg bergerak ke tempat kerja.
Kereta pula sentiasa bermasalah. Kereta 2nd hand kan. Suami saya ada motor masa zaman bujang. Motor pun sering bermasalah dan skarang dalam bengkel. Pernah kami sama2 usung motor tepi highway sebab rosak waktu tu saya preggy 20minggu. Suami saya terlalu risaukan saya sampai suruh saya naik grab balik rumah sendiri. Tapi, tak mungkin saya biarkan suami saya sendirian. Tambah lagi, waktu tu ada rm10 dalam poket nak beli lauk semua. Banyak duit dilabur untuk motor dan kereta. Kalau motor okay, suami akan pergi keja naik motor bagi jimatkan minyak. Balik kerja bawa grab. Tp, skarang motor dekat bengkel. kereta plak skarang rosak takbole buat grab takut nnti ada masalah bila saya tetiba nak bersalin.
Jadi, apa patut saya buat? Saya buntu. Habis semua barang2, buku2 belajar saya dh saya jual dkat junior2 sampai dah taktaw nk jual apa. Kami dah sampai terpaksa tebal muka pinjam duit sana sini untuk beli lauk rumah, beras, kos baiki motor dan kereta. Sekarang dalam tangan ada rm10 jaa. Tu pun untuk isi minyak kereta. Suami kemungkinan terpaksa ambil cuti seminggu sebab tiada duit lagi nak isi minyak kereta. Kalau buat saya tetiba bersalin, macam mana pula? Mana nak cari duit. Stress sgt fikirkan hal ni sampai bergaduh dgn suami. Terima kasih sudi membaca luahan hati saya. Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan Allah




