Hai Assalammualaikum KRT. Nama aku mia (bukan nama sebenar) aku berkahwin dengan seorang duda anak dua suami aku orangnya baik bukan nak bangga kan suami sendiri just nak cerita life story aku tu saja, jujur dia solat tak pernah tinggal hari hari baca al quran seorang yang pendiam dan mudah dikenali ramai memang ciri ciri semua wanita nak bukannya aku tak bersyukur dapat suami macam dia aku adalah orang yang paling beruntung. Cuma ada persilihan faham antara kami jugak.
Mula awal perkahwinan sangat la manis dia, anak anak, dan keluarga dia. Dulu aku tak nak kahwin keluarganya merayu dekat aku terima nya knonnya mereka orang orang yang baik baik dan yes aku terima walaupun tak pernah kenal si suami nie dan semuanya mula berubah bila rumah tangga kami dah setahun Tuhan saja yang tahu bertapa seksa nya hidup aku admin bertapa hancurnya hidup aku Allahhuakhbar. Hari hari aku makan air mata, hari hari aku alami tekanan.
kisahnya mereka berubah sebab aku hamil anak pertama aku mak mentua aku tak suka kononnya takut aku abaikan anak tiri dia selalu bunyi cakap aku mengandung terlalu awal lepas tu siap cakap aku hamilkan anak orang lain sumpah aku bukannya prempuan jahat weh. Suami aku kalau apa jadi tak pernah pertahan kan aku kadang keluarga nya makki dan hina aku depan dia pun dia just buat b0d0 macam dia tak dengar apa.
Bila aku mengadu dekat dia , dia selalu cakap sabar dan diamkan saja tpi yang selalu kena tu aku bukannya dia sebab tu dia senang cakap.
Anak anak dia pulak dah mula kurang ajar apa aku cakap tak pernah nak dengar buat b0d0 je anak prempuan dia yang sulung tu selalu bersikap biadap dengan aku kadang dia taknak buat kerja apa hadap telefon saja sama la dengan anak kedua dia yang lelaki tu selalu mintak macam macam dekat daddy diorang dan si suami ni tunaikan saja kalau dekat aku kan admin mintak makan pun dibuat b0d0nya aku mengidam apa pun pasti tak kan dapat dia selalu ckp tak ada duit.
kalau ada kena berjimat ya Allah sebak sangat korang tahu tapi aku sayangkan suami aku selalu bersabar diamkan saja tapi bila pikirkan balik macam tak adil sebab dalam islam menjelaskan nafkah isteri adalah no dua tapi dekat aku nafkah aku jauh kebelakang nuh jauh. Mak mentua aku pulak selalu manjakan anak anak tiri aku selalu tak kasi diorg buat kerja penat penat kononnya takut diorg sakit, sedangkan aku ni dah sarat mengandung 7 bulan still kena buat kerja berat.
Kalau aku tak buat je diorang selalu bunyi cakap aku ni pemalas dan kaki rehat. Aku cuma penat admin nak rehat aku letih dengan keadaan sekarang itu saja tapi apa yang jadi aku tak pernah melawan, tinggi kan suara atau kurang ajar dengan mak mentua aku. Aku bukan orang macam tu cuma aku selalu lepas kan dekat suami aku just mintak dia pertahankan aku mintak dia ajar anak anak menolong aku tu saja tpi dia selalu dengar saja buatnya tak pernah
Spenda diorang pun aku kutip basuh korang tahu aku kadang terlalu penat aku nagis sekuatnya tu saja aku mampu buat bila suami ajak berbincang aku dah mula jadi muak nak bercakap benda yang sama, sekrang aku dah terlalu tawar hati sangat smpai mintak dilepaskan cara elok tpi suami ahsik janji akan ubah semuanya tapi benda yang sama jugak terjadi sebab tu aku dah mula muak.
Kadang nak balik rumah mak bapak aku sendiri pun mak mentua aku tak ksi ckap buang masa balik sana. Ya Allah peritnya hidup aku kadang nak jugak balik jenguk parents aku diorg skit pun aku still tak boleh balik tengok suami aku ni pun satu nak balik umah mentua pun kena tanya mak dia tu la yang buatkan aku mula jadi benci perkahwinan nie kenapa kena tnya orang lain sedangkan dia adalah ketua keluarga?? Kenapa la terlalu baik sampai tak tahu dia diperb0d0hkan??
Nafkah aku pun dia kurang bagi dan aku pun tak pernah mintak sebab aku tahu dia kerja penat. Bila aku nak apa pun aku diamkan saja sebab dlu aku dah pernah kena makki dengan mak mentua aku cakap aku ni suka berj0li duit anak dia suka mengikis duit suami tapi diorg tak tahu aku ni satu sen pun aku simpan dalam tabung nak apa aku guna je duit tu ambk duit suami pun kadang seringit dua saja tak pernah nak ambik banyak duit dia.
Aku sedih sangat sebab perkahwinan aku tak seindah orang lain tak bahagia macam orang lain nak pergi mana nak makan apa naka masak apa semuanya tak kena Admin semuanya salah aku dekat padangan diorg duit atau barang dalam rumah tu pecah atau rosak pun semuanya tuduh aku yang buat aku penat admin smpai bila aku nak bertahan?? Smpai bila suami aku nak berdiam?? Mintak Allah permudahkan segalanya untuk aku itu saja aminn. Btw admin tolong hide kan profile aku ye aku guna fb suami