salam min, Ni posting kali ke2 ya. kali ni saya, nak tanya pendapat. Saya ni boleh dikategorikan dalam wanita serba boleh, maksudnya kalau saya kena campak kat mana pon saya boleh berdikari sendiri, kerja berat pon saya boleh buat, saya ada pelajaran (degree). dan planning nak sambung master.
Rupa pon ada. walaupun dah kawin dan dah ada anak tapi masih ramai yang cuba nak try saya bercerita bukan nak takbur, riak dan sebagainya. Punca saya serba boleh ni disebabkan saya lahir dri keluarga susah. Anak sulung pula. dan saya struggle belajar tinggi sbab nak ubah
Taraf hidup. walaupun sekarang saya dah tak bekerja, tapi saya ada wawasan nak kembangkan lagi perniagaan saya, dan seterusnya saya akan apply untuk jadi tut0r atau lecture di kolej atau ipt, suami pula biasa2 saja, pelajaran sampai pmr je tapi saya tak pernah hina dia. Saya tak kisah pon. Walaupun hubungan kami hambar, dia masih bertangungjawab nafkah zahir dan masih peduli dengan anak. Dia sangat sayang anak.
Mesti korang tertanya nafkah battin, kami dah tido asing. ya hubungan kami tak baik, hanya sekadar suami isteri atas kertas, enntah la saya pon tak rasa apa2, mungkin dia pon sama. persoalanya adakah kerana saya terlampau serba boleh dan berdikari dan pelajaran tinggi dari dia menyebabkan ego suami boleh tercabar ? atau saya yang overthinking.??
Suami kadang2 seolah olah. ahh lantak kau lah nak buat apa. dah semua kau boleh buat dah kau pndai sangat, kau belajar tinggi. ditambah pulak hasutan kakak dia yang jeles dengan saya. kakak dia, masak pon tak boleh, sebab malas. suami dan anak dia pon suka masakan saya, ye lahh hari2 makan nasi bungkus, sekali sekala makan nasi yang saya masak kat rumah, memang la lagi berselera.
Lepas tu nak jeles tak tentu pasal, Dia boleh cakap depan2 saya, diorang ni lauk rasa batu pun boleh makan. ok masakan saya rasa batu. Mungkin dia maksudkan batu geliga, hunuzon jelah. sebenarnya banyk lagi dia dajjalkan saya, sampai suami saya termakan hasutan dia tu.. Saya pon tak pandai sangat, tapi saya suka belajar semua benda jangan malas itu saja.
Kadang2 saya rasa macam kakak dia buat something tak elok sebab saya pernah nampak kakak dia ada guna tangkal dan azimat kuning tu seram kalau ingat balik.. Awal perkhawinan suami ok. makin lama makin tak peduli dengan hal rumah, paip singki bocor pon dia buat tak tau, sebab dia tau saya boleh buat.
Saya saja biarkan je. nak tegok dia nak repair ke tak, tapi hampeh, saya dah bagi tau. tapi dia ikat je dengan plastik. so agak tahan berapa lama. Saya penah tanya. kenapa buat macam ni. dia cakap , saya tak macam perempuan lain emmm
adakah saya patut jadi macam kakak dia, apa pon tak boleh buat..
Saya bukan nak hina orang tak boleh buat apa2. saya tau setiap orang ada kelebihan masing2. Tapi jgnlah dengki, ni sampai dok menghasut adik bagi benci si isteri. sampai saya hilang rasa sayang terhadap suami. .ehmm saya nak suami saya yang dulu. Suami saya yang dulu sangat baik, tak pernah menghina saya.
Sekarang lepas kakak dia pindah dekat rumah kami suami sangat2 lain. Inilah coretan saya, yang sanggup bertahan dalam rumah tangga derita demi anak. kalau korang masih ingt posting pertama. dan satu lagi. saya bertahan bukan sebab itu ya tolonglah alam perkhawinan bukan itu semata2..