Assalamualaikum Min. Harap hide nama saya. Nak bertanya pendapat dgn kaki2 membawang, tak kisahlah kalau kaki membawang kata saya ni kejam, tapi y nak tau juga adakah tindakan saya ini benar2 kejam. Cerita ini tidaklah full story, beberapa incident saya hide konon menjaga aib lah (takut ada pulak yang dapat trace story saya nih) Saya sudah 17 tahun berumahtangga. Ada anak 6. Selama 16 tahun berumahtangga, saya akui kurangnya komunikasi dengan suami, banyak memendam rasa, saya banyak menyumbang dalam ekonomi rumahtangga maka di sebabkan itu kurangnya hormat pada suami. Selama 16 tahun berumahtangga asal cuti sahaja kami sekeluarga akan sama2 balik kg kami (contoh kalu 5 hari cuti maka 2.5 hari di kg suami dan 2.5 hari di kg saya pula).
Dipendekkan cerita, setahun yang lalu, suami saya tertangkap curang di belakang saya dengan janda anak 2 (memang dia berhajat nak ambil janda tuh bini dia no 2 n both of our family tahu). Masa saya dapat tahu, saya ambil keputusan keluar dari rumah, emak mertua sudah tahu awal 2 bulan (tapi tidaklah dinasihati anak dia betul2 berbanding ibu saya bila dapat tahu siap bagi amaran pada adik2 saya supaya jaga bini, kerana ISTERI ITU AMANAH, buruk2 isteri, kamu juga yang pilih, bukannya org lain)… Masih teringat kesombongan suami saya masa nekad dia nak ambil perempuan tuh jadik bini…
Oh ye lupa nak habaq, dalam usaha suami saya nak ambil perempuan tuh jadik bini kedua, alasan dia kerana saya nih suka marah2, tidak hormat dia sebgai suami, tak layan dia (ada dah 6 kut…tak layan lagi) n nak perempuan yang lemah lembut gituuuu, sebagai pelengkap hidupnya.
suka mengaibkan dia dalam FB (tang mana aib tak tahu sebab saya hanya share kisah krt), bila saya tanya ustazah secara umum (ustazah tak tahu kisah dlm rumahtangga saya, katanya org yang terasa mcm nih, sbb dia buat benda tuh) contoh sharing kisah suami tak bagi nafkah n so on. Fast forward, bila saya tanya perancangan suami saya bila dah berkahwin kelak… isteri-isteri dia bekerja maka pandai lah bertolak ansur (bodohnya kan? Nak kawin 2, 3, 4 sepatut complete semua serba serbi tapi, ada juga part bini kena bertolak ansur) . At the same time, saya juga sudah standby untuk lawyer n berstatus JANDA (macam akur dgn suami untuk bermadu, perbaiki diri sendiri sudah, semua sudah tapi habuk jer dapat (sesuatu yang saya belajar, betul lah kalau tiada yang bukakan pintu masakan ada yang boleh masuk n tepuk sebelah tgn tak kan berbunyi) maka saya agresif NEKAD untuk ajar dahulu suami cukup2).
Benda dah berlaku maka berlaku lah ‘perang’,sbgaimana saya bgtau suami saya, TIDAK GILA seorang isteri untuk marah2 dalam rumahtangga kalau ada suami memberi sokongan (membantu dlm rumahtangga)- sblum BERSKANDAL memang ‘tersangat kurang bantuannya’… segala keistimewaan selama 16 thun berumahtangga saya tarik balik, saya haramkan semua ehsan saya selama 16 tahun, itu adalah keberhutangan dia yang perlu dia bayar pada saya (skarang dia dah mula bayar lah yuran-yuran anak apa yang patut – mana yang dia MAMPU n kemudian yang tak cukup saya pula tampung).
Diteruskan lagi cerita, saya bertanya juga, bagaimana agaknya giliran raya? Suami saya kata, kalu saya TAK NAK BALIK TAK APA, DIA BALIK SEORG. Kalau ‘DIA’ TAK NAK BALIK PUN TAK APA, SUAMI SAYA BALIK SEORG. Maka bermula lah operasi saya mengajar suami (di kala monogami nih kita dah ajar)…huhu… SAYA REFUSED UNTUK BALIK KG DIA, yang mana tidaklah refused sgt, sbb skrang nih, kalu dia nak bawa kami balik kg dia, maka 100% adalah duit dia (kalu dulu adalah saya menolong top up apa yang patut, tapi dah bagi kita racun maka sekarang TIDAKLAH lagi saya membantunya). Kecuali memg nampak dia sesak sgt, baru saya bantu (kalau tak bantu alamat kebulur lah anak2 agaknya).
Setahun dah berlalu, suami saya dah balik pon ke pangkal jalan rumahtangga saya kembali harmoni tapi apa yang saya kena bayar ialah KEPERCAYAAN YANG TELAH HILANG. Masih ada curiga, tp saya buat tak tahu saje rasa hati. Baru nih, mak dia dah sibuk tanya bila nak balik kg sana? Dah lama tak ziarah (sejak setahun lalu baru 5tak shj kami balik ke sna itu pun 2 hari shj, tidaklah berlama2 n kerap seperti seblum dia MENCIPTA SKANDAL dengan perempuan. Bila saya tanya suami, nak balik tak? dia kata TIDAK BERKEMAMPUAN (duit dia dah habis). Kalu ikut hati cair saya nih nak jer menyumbang untuk membolehkan pulang, tp memikirkan sikap mertua setahun yang lalu (kes tidak menasihat anak dia pasal berskandal dgn perempuan), hati kembali keras semula.
Nak tau komen pakcik n mak cik bawang, patut ke saya bantu suami? Atau bio jer… tapi yang buruknya Nampak ke saya lah… KONON BINI TAK NAK BALIK KG SUAMI padahal anak dia tuh yang TIADA KOS UNTUK PULANG. Tapi kalau balik pun, TIDAK LAH DIHARGAI apa yang kita perbuat baik suami (kalu tidak masakan RACUN yang dia bagi pada saya) atau mak mertua (mak mertua perasan anak dia MANTAP gituwww dr segi kewangan padahal yang sebenar habuk pun tak ada). Sekali pun kami balik nih, mertua tetap menyangka anak dia yang keluar duit, bukan menantu…Ajar suami, Ajar mertua sekali… tak gitu? So NAK BALIK ke TAK NAK? Supaya saya boleh timbang kilo, langkah seterusnya…




