Salam warga krt, Saya ber isteri 2, saya mengaku, yang saya ni kaki club dan kaki perempuam, selama isteri no 2 kawen dengan saya saya tak pernah bahagiakan dia lagi, selalu kena pukul cekik sampi lebam mata dia, tapi dia cuma mampu menangis dan memaafkan saya, minggu lepas hari jadi saya, dia ada msj petang tu suruh saya balik rumah sana kerana ada hal penting dia cakap, saya buat tak tahu, tengah malam dia ada msj lagi wiss bfday dan dia send pic kek dan persiapan suprise tuk saya, itu pun saya buat tak tahu gak, kerana masa tu saya dah leka dalam club, tapi dia trus senyap takde msj lagi.
Selang sehari dari bfday saya tu saya balik rumah sana ya allah saya temukan isteri saya dah tak bernyawa dengan telekung dia dan al quran yang dia tengah pegang, masa tu saya rasa menyesal sangat2 kerana abaikan dia selama ini, dan sekarang aku betul2 rasa kehilangan, saya nak berubah nak tinggal semua itu, tapi awek saya yang dari seberang duk mesej saya, saya pening nak macam mana, Tolong jangan kecam saya,




