assalamualaikum.. admin, mohon hide fb saya.. saya memerlukan pandangan dan kata semangat dari kalangan rakan2 krt.. saya seorang isteri dan ibu.. isteri yang pertama, dan selalu ditinggalkan suami kerana suami bersama isteri kedua. keadaan saya seperti gantung tak bertali.. anak2 semua saya dan keluarga saya tanggung. suami balek bila dia terasa nak balek jer. kalau tak, saya dan anak2 macam tak wujud. kadang2 terasa macam suami tak ingat saya dan anak2.
Masalah timbul bila saya pernah diceraikan dahulu dan rujuk kami tidak didaftarkan kerana suami asyik menghilangkan diri selepas kahwin dengan isteri kedua.. sekarang ni saya dalam proses untuk selesaikan urusan rujuk kami di mahkamah.. tetapi suami tidak hadir dan kes terpaksa ditangguh lagi.. saya juga pernah berjumpa dengan isteri kedua suami, tapi dia halau saya.. dan mengatakan saya dan anak2 tidak layak tuntut apa2 dari suami.. dia cakap, kalau saya proceed untuk tuntut hak saya dan anak2, proceed untuk urusan rujuk saya dan suami, tahu lah nasib saya dan anak2.
Bila saya tanyakan suami kenapa buat saya dan anak2 macam ni, suami cakap dia takut isteri keduanya akan buat apa2 pada kami. akan saman dia. dan rasanya sekarang ni, suami diamkan diri kerana perkara ini. suami jadi seperti seorang yang saya tak kenal.. saya penat.. hari2 saya ditekan oleh family saya.. kenapa kes tak selesai lagi. kenapa saya masih menunggu suami. saya tak minta keadaan jadi macam ni. Sekarang ni masalah bertambah bila saya mengandung dengan suami entah kemana sekejap muncul sekejap hilang saya buntu adakah patut saya libatkan keluarga suami dan keluarga isteri kedua suami? saya cuma nak masalah ni selesai.
Bertahun-tahun saya sabar. saya diamkan sebab tiada peruntukkan wang untuk bayar peguam. baru tahun lepas saya dapat uruskan perkara ni. turun naik mahkamah dan pejabat agama. itu pun saya paksa saya ugut suami. tapi perkara ini masih tak selesai dan suami hilang lagi. adakah patut saya pergi bersemuka dengan isteri kedua suami lagi? apakah yang patut saya lakukan sekarang? peguam saya pun masih mencari suami saya.
Saya tahu suami ada dirumah isteri kedua. saya tahu dia tak kemana-mana. tapi kenapa dia mendiamkan diri? kenapa dia terlalu takutkan isteri kedua dia? mohon rakan2 krt berikan saya pandangan. dan doakan saya diberi kekuatan untuk hadapi semua ini. sejujurnya saya dah tak mampu nak tanggung tekanan perasaan ni semua. saya dah penat.




