Assalam admin,, mohon hidekan profile saya ye. Hai kepada group KRT. izinkan saya perkenalkan diri. Saya N. Seorang isteri dan ibu kepada seorang ank. perkhwinan saya sejujurnya sudah menghampiri usia 10 tahun, saya berkahwin pada usia 21 tahun dan anak saya sudah berumur 6 tahun.. apa yang saya ingin ceritakan disini ialah mengenai suami saya.. Alhamdulillah dari segi kewangan kami tidak mempunyai masalah memandangkan kami berdua berkerjaya. tapi apa yang saya pendam lama kelamaan mnjadi racun untuk diri saya.
Berkenalan 3 tahun kemudiaannya mengambil keputusan untuk berkahwin.. sepanjang 3 tahun perkenalan memang tidak ada masalah langsung dalam hubungan kami. gaduh2 kecil tu biasa la rasanya.. tapi selepas kahwin suami bertukar menjadi panas baran. Pernah semasa honeymoon kami bergaduh dan dia sudah naik tangan kepada saya. kantoi pula semasa 6 bulan berkahwin suami ada skandal bukan seorang tetapi 2 orang dalam masa yang sama tapi katanya hanya untuk suka2 dan hubungan itu pun tidak berpanjangan.
Alhamdulillah masih panjang jodoh saya dgn suami. selepas itu hubungan kami boleh dikatakn bahagia ditambah lagi selepas dikurniakan anak.. tapi saya hampir2 meroyan sepanjang berpantang. saya tidak salahkan sesiapa mungkin saya sendiri yang belum bersedia menggalas tanggungjawab sebagai ibu.. lama kelamaan saya semakin dapat menerima tanggungjawab saya sebagai ibu dan semestinya sebagai isteri saya tidak rasa saya ada masalah sebagai isteri.. cuma jika awal2 berkahwin suami banyak membantu dalam menguruskan rumah tangga ,, sekarang suami banyak buat hal sendiri sahaja.
Rutin hariannya bangun pagi dia akan tengok handphone, mandi, Sarapan, hantar anak ke sekolah..l pergi kerja.. selepas balik kerja dia akan mandi. makan. tengok tv dan semestinya dia akan menatap wajah handphone kesayangannya sehingga dia tidur. Jika hari cuti pula dia akan lebih kepada berehat (tidur).. ada juga masa dia akan bawa kami jalan2.. untuk mengharapkn suami membantu dalam kerja rumah memang jauh sekali.. jika saya minta tolong buat apa2 yang saya tak mampu buat contohnya cuci kipas siling ,, minta tolong arini blm tentu tahun depan dia buat.. memang saya la yang akan buat..
Betulkan sinki tersumbat pun saya.. saya rasa saya sudah PENAT SANGAT…. komunikasi?? Memang sangat kurang kalau dirumah kecuali bila kami keluar baru la dia banyak bercerita.. berbincang? Memang bukan jenis suami saya.. saya bukan tidak bersyukur dapat suami yang boleh dikatakan bertanggungjawab dari segi nafkah wang ringgit tapi itu bukan keutamaannya bagi saya andai masanya lebih banyak dihabiskan dengan handphone tetapi kurang komunikasi dengan isteri.. kami tidur berlainan katil maksudnya anak masih tidur dengan kami, bukan saya tak mak ajar anak tidur asing tapi anak ada masalah kesihatan jadi susah sikit untuk saya biarkn dia tidur asing.. saya tidak ada tempat mengadu..
Saya tak ada kawan yang rapat selepas kahwin hanya kawan tempat kerja sahaja.. saya pun tak pernah bercerita dgn siapa2 tentang masalah saya.. kalau saya seda g sedih atau saya perlukan dia untuk bercerita memang dia takkan sudi mendengar.. jadi pada siapa saya nak mengadu?? Mak ayak saya pun saya tak pernah cerita apa2 pasal rumahtangga saya.. dan lagi satu.. sejak berkahwin berapa kali je saya tengok suami solat.. saya dah puas ajak tapi sama je keadaannya.. mungkin itu la punca rumahtangga saya tidak sebahagia yang saya harapkan. jadinya sekarang saya pun tak tahu apa perlu saya buat.. saya terfikir hendak ke kaunseling pejabat agama ajak suami tapi mesti dia marahkn saya nanti..
Saya ada niat hendak tambah zuriat tapi bila difikirkan balik tak apa lah kalau sorang ni je pun anak saya memandangkn sikap suami saya juga yang akan penatdan stresss.. suami dengan anak sangat saya puji sikapnya yang terlalu sayangkan anak sampaikan kalau saya tegur atau marah anak dia akan marah saya balik didepan anak.. Saya sangat memerlukan sokongan emosi drpd ahli2 dlm KRT .. kalau ada apa2 cadangan yang boleh saya buat saya amat hargainya..




