Salam admin, mohon hide profile saya. Mohon juga siarkan. Semalam saya terasa hati sangat dengan suami saya. Saya ada tanya kat suami saya. Kenapa tak sentuh saya berbulan2, setahun boleh kira berapa kali. Time saya subur dia cari sebab nak anak. Suami memang sukakan kanak2. Jawapan dia membuatkan saya sedih. Dia bagitau saya ni kurus berat badan 48 kg tinggi 155 cm. Saya rasa ok je.
Dia cakap saya nampak tua, celah gelap. Saya ni takde nilai pun katanya. Tapi saya buat muka cool je. Saya jawab kalau takde nilai buat apa simpan lagi, dia jawab jangan cabar dia. Saya senyap je la. Dia doakan saya matti cepat supaya boleh bolot semua harta saya. Hahaha. Memang mulut puaka la suami saya. Lepas bersalin memang suami tak pernah sentuh saya.
Tidur memang berasingan sebab suami saya memang tak boleh tidur dalam aircond kipas. Disebabkan anak2 panas, terpaksa saya tidur berasing. Saya baru lepas bersalin 6 bulan nak makan ubat untuk bagi besar tak berani lagi sebab saya masih menyusu. Saya dah mempunyai 3 orang anak. Saya bekerja, balik kerja uruskan anak2.
Suami dah cuba carikan bibik tapi belum jumpa yang sesuai. Kadang2 malam baru saya sempat mandi, makan. Esok dia outstation, semua barang dia saya yang kemas, makan minum dia semua saya yang uruskan. Anak2 100% Saya yang uruskan. Duit gaji dia semua saya uruskan. Tiap bulan memang suami bagi duit belanja dan duit simpanan untuk saya. Gaji saya potong untuk rumah je. Selebihnya memang untuk saya dan anak2.
Suami saya orang berpangkat saya pun berjawatan Gred A suami juga seorang yang tidak tinggal sembahyang begitu juga saya tapi kitorang hidup dalam kepura2an je. Kalau orang luar tengok kami memang macam pasangan bahagia, secocok, sempurna. Semua saya dah miliki pada usia 28 tahun. Rumah banglo, kereta mewah, anak2 yang comel2.
Tapi itu hanyalah luaran, hakikatnya saya memang tersiksa. Saya berharap sangat suami saya dapat menjalankan “Tanggungjawab” nafkah batin. Saya sayang keluarga saya, apa yang perlu saya lakukan untuk menghilangkan rasa sunyi ,sepi, kosong, tiada belaian ? Dimana silap saya, hidup saya seperti burung didalam sangkar emas. Tiada kasih sayang dalam rumah tangga.




