Salam, berdosakah untuk suami isteri bercerai hanya sebab isteri tak mahu mengandung lagi? Saya dah ada seorang anak. Suami saya nak anak lagi, tapi saya tak mahu. Saya tak sanggup nak hadap pengalaman bersalin lagi. Dan saya rasa susah dan stress sangat nak jaga anak kecik. Saya selalu risau pasal anak saya, saya selalu tak cukup tidur, berjaga tengah malam, saya rasa penat sangat.
Sekarang saya baru dapat rehat dan start kerja balik sebab anak dah makin besar, saya tak mahu hadap semua tu balik.
Saya sayang suami saya, tapi saya betul2 tak mahu ada anak lagi. Saya hanya nak fokus besarkan anak saya yang seorang ni sahaja. Sebagai isteri, saya memang tak berhak ke untuk buat keputusan ni? Sebab yang bersalin nanti saya, yang jaga anak pun saya seorang, yang effect pun fizikal, emosi, dan mental saya. (Saya masih ingat waktu baru bersalin dulu saya agak meroyan jugak sebab kurang support system) Atau memang sebagai isteri, mesti wajib berkorban untuk suami?
Suami saya memang tak bantu jaga anak. Tapi saya tak kisah pun dia tak tolong sebab anak pertama ni memang kami sama-sama decide nak mengandung dan saya memang nak anak ni. Tapi bagi saya sekarang cukup seorang. (suami tak bantu bukan maksud dia bapa yang teruk, dia still involve dengan main-main dengan anak, dan dia tak pernah kedekut dengan anak, keperluan dan kehendak anak semua tip top dia bagi)
Saya dan suami tak pernah bincang betul-betul pasal ni. Tapi saya pernah bagitahu dia saya tak mahu mengandung lagi. Tapi dia kata takkan lah anak seorang je, mana cukup! So sekarang ni, memandangkan kami tak dapat sepakat dalam hal ni, dan sementara kita orang masih muda ni adakah patut saya suruh dia berkenalan dengan perempuan lain untuk kawin dan bagi dia anak lagi?
Saya tak mahu bermadu (suami pun pernah cakap tak mungkin dia boleh sayang dua orang dalam satu masa) so kalau dia nak anak lagi, solutionnya memang dia kena kawin lain. Tak adil untuk dia kalau saya tak mahu mengandung lagi. Dan saya pun tak ada masalah untuk bagi dia jumpa anak anytime kalau kami bercerai. Adakah ini tindakan yang betul?




