Hide fb aku min. Nak share sikit, semalam aku memgamok dengan suami aku, aku fed up dah dengan dia. Dulu aku keja min, gov, berhenti keja sebab baby aku meningg*l dalam perut, masa tuh aku stress dengan tempat keja, balik keja urus anak sulong 2 tahun dan anak aku bawa tempat keja ( taska) keja rumah aku buat sorang tapi gaji aku selamba badak share, suami aku baru start niaga, perniagaan baru up. Duit tak cukup mana. Aku redha, konon nak hidup susah sama2. Last2 aku fed up, aku berenti keja.Dia buat aku mcm kuli sgt masa tuh.Lepas makan tahu tinggal gitu je, baju lepas guna gantung sana-sini. Dia niaga, buat barang2 niaga kat rumah, mmg aku nih lah yang kena kemas. Kalau time nak gaji, dia acah2 rajin, nak share duit..
Sekarang aku duduk rumah jaga anak kedua umur 8 bulan. Aku mintak sewakan asing rumah untuk duduk dengan rumah buat barang niaga. Perniagaan makin ok, ada budak keja dah. Aku ok je. Bahagia dah part nak kemas keja dia tuh, cukup aku hadap perangai raja firaun dia di rumah je. Best part, aku warning awal-awal, aku dah tak nak mengandung lagi, serik min, sedih baby 7 bulan dlm kandungan meningg*l. Semalam aku nak ikut dia g beli barang niaga dia sebab aku nak beli barang rumah. Dia suruh aku ngan anak siap, nnt dia ambik. Lepas hantar budak keja dia, dia tak ambik pun aku ngan anak. Anak sulung sekolah dah. Aku ok jak, tak kesah pun dia tak ambik, sepanjang hari dia buat muka huduh dia, konon2 dia tak tahu salah dia, wspp sepatah bagitahu tak ambik pun ok dah.
Yang aku geramnye, dia buat sebok, banyak keja, marah-marah anak sulung balik sekolah. Buat perangai, dia banyak keja dari layan anak. Aku diam je, aku tak tunjuk apa-apa respon pun. Terasa hati jugak tapi aku ok je. Dia blah dari rumah, aku pujuk anak. Aku layan je anak-anak mcm biasa. Pastu dia hantar Abc kat rumah, niat nak sejukkan hati kot. Aku ngan anak buat tak tahu je. Takda langsung kata apa-apa pasal tak ambik aku pagi tuh, jauh sekali nak mintak maaf.
Malam tuh dia balik, aku ngan anak mmg x layan mana lah dia, aku pun just masak utk anak2 je. Aku sendiri makan roti ngan milo. Hari2 biasa ok je pun kalau kami tak layan dia sebab dia pun lebih suka layan hp dia dari bergurau senda dengan kami. Aku nih tiba-tiba rasa sedih jugak dengan kes siang tuh, terbawa- bawa sikit, menangislah dalam bilik air sambil bilas-bilas kain baju. Aku cuma nak menangis je, nak lepaskan perasaan. Tiba-tiba dia g dalam bilik air marah2 aku, kata aku buat perangai, aku diamkan je, malas nak besarkan keadaan. Lama lah jugak aku buat-buat main air dlm bilik air. Dia kata dia nak kluar nak ambik dan hantar budak keja dia balik. Suruh aku cepat sebab anak-anak kat luar. Aku suruh je dia tinggalkan je anak-anak tuh, bukan dia tak biasa buat.
Aku kluar bilik air, nk pakai baju, tutup n kunci pintu, dia terjerit-jerit, tendang pintu,nak pecahkan pintu, aku siap, keluar dan nak rampas anak dari tangan dia, dia tak bagi. Selama nih elok je dia tinggalkan anak-anak. Malam tuh tiba2 tak boleh pulak. Aku jadi geram min, makin sakit hati, aku cakap entah apa ntah, mungkin ada mencarut jugak. Dia pun apa kurang hebatnye maki aku. Yang aku ingat, dia kata aku nih suka besarkan benda yang kecik sampai gaduh jadi besar2, dia kata dia keja, terkejar2 sampai tak sempat pegang hp ( min rse boleh percaya ke? Setahu aku 24 jam hp di tangan) banyak benda lagi tak bayar sebab tuh dia sebok keja tak sempat nak mikir benda lain. Bla bla bla.. padahal jenis tak nak ngaku salah..
Aku apa lagi min, peluang utk mengamok, ayat aku sikit je “orang yang keja kaya-raya kat luar nu mana ada anak bini” makan dalam kot ayat tuh. Aku akui min, mulut aku nih level loji kumbahan jugak. Aku mencarut min. Dia apa lagi, mengamok sakan, dia lempar kunci kat tangan dia, satu das tamparan kat paha aku, aku tergamam min, ini suatu yang baru!!. Penah jugak gaduh, masuk tahun ke 7 perkahwinan nih pertama kali dia naik tangan. Posisi gaduh pun rare jugak, tengah mengiring menyusukan anak. Aku mengucap dalam hati, “apa aku buat nih!” Anak sulung menangis min. Anak kecik relax je buat keja dia. Aku istifar banyak2, suami aku pun cool down. Tersentak jugak kot tiba-tiba naik tangan. Lama jugak kami terdiam, suami pujuk anak sulung.
Lama pastu, dia cakap cool je, dia kata dia keja utk anak2, utk aku. Dia banyak keja nak buat sorang. Aku bagitahu min masalah nye cuma bermula dari dia tak ambik aku pagi tadi je, xda kaitan pun dengan keja. Dia nak keja sampai 9 tahun pun aku x kesah, wspp sepatah, aku tunggu mcm org b*d*h je kat rumah. Tuh je. Pastu dia pun mintak maaf, ngaku tuh salah dia. Aku masih tak leh terima dia naik tangan, walaupun tak sakit hingga mencederakan tapi depan anak-anak min, dia suami dia patut lindungi aku yang akal nye pendek nih. Dia suami sepatutnye cerdik mengawal keadaan. Mcm mencurah minyak pada api menyala. Tak mengalah sikit, walaupun salah tuh dari dia.
Siap ungkit lagi aku nih tak nak hidup dengan dia sebab dia tak da harta, tak da duit. Suami ku sayangSuami ku sayang oii!!! Adakah kau lupa masa di hari pernikahan kita, aku yang keluarkan duit, majlis rumah dia pun aku hulur sikit, nak ringankan dan memudahkan perkahwinannye aku nih.. nafkah aku kelaut, harta nan ado, keta buruk tuh je, gelang mas aku, gelang mak aku, gelang anak nu di pajak gadai nu. Tak cukup lagi aku bantu? Mata duitan kah aku? Mentang-mentang mak enon kau, keja duit banyak dah, aku ni duduk diam tak buat menda di rumah, aku di cop mata duitan nak habiskan harta ngan duit ko yang haddo sangat tuh? Blah lah!!! Kau tunggu aku nak heret ko pegi kaunsling di pejabat agama yang ko takutkan sangat tuh, Sejadah kiblat tak kenal setiap hari jumaat kaki ko kejang krem patah nak mampus tapi habis solat jumaat helok helok hado g driving jauh2. Jom kita suai kenal dengan kaunsolar!! Laki aku suka benda viral min.. harap dia pedasss kalau terjumpa entry nih..




