Hai.. saya pinjam fb kawan… Nak tanya pendapat mungkin ada yang berpengalaman. Saya cuma seorang isteri yang bekerja untuk meneruskan kehidupan sebab ada anak kecil. Saya ingin berubah menjdi isteri yang lebih baik daripada sebelum ni saya memang dah jahil sedikit. Alhamdulillah dibulan mulia ni, saya mula belajar solat, saya mula belajar sakit2 tentang agama. Saya belajar untuk diri dan anak2 saya dimasa depan kelak. Tetapi, sejak saya mula belajar untuk berubah… Suami juga seperti berubah menjadi panas baran, suka pukul anak sampai ada bekas tangan di kaki dan tangan. Bila saya bercakap suami cakap saya melawan. Paling sedih suami boleh kata saya kurang ajar, lembab dan macam2 lagi hanya disebbkan saya makan telur rebus dan makanan yang dibawa oleh keluarga saya.
Saya rasa bila saya berubah ni suami turut berubah Bila saya mula mngibarkn sejadah nak solat anak kecil lagi tapi suka sangat ikut sebelah saya bila nak solat. Da satu masa tu lepas solat nak baca doa.. anak duduk depan sama2 atas sejadah, suami masa tu nak tidur tapi bole2 dia teriak panggil anak sruh tidur dekat dia. Saya msa tu kata biarla dia tgk saya keci2 kn bgus dia ikut solat. terus suami marah dn maki saya. Masi kecil bukan tau apa2 tu..ndapayala diajar.kau pun bukan pandai sngt..terus saya menangis dgr suami marah begtu. Sblm ni suami mmg suka minum, tpi saya tak dpt tegur.byk kali tegur saya kena mrh lagi. Suami pula mula main judi, berhutangla smpi kdang mnta duit dgn saya nak byr hutang.
Saya ada tengok ceramah ustaz2 dalam youtube, tentang taggungjawab suami, hak nafkah… Daripada awal perkahwinan hanya 2 3 bulan saja saya dapat nafkah, dan sampai seksrang semua tanggung jawab suami yang sepatutnya sebenrnya saya yang buat. Hal2 perbelanjaan, makanan, pakaian, kereta, bil2 semua saya tanggung. Nak kata dia ada membantu juga tapi cuba tolong ambil anak dari taska. Saya belikn kereta supaya senang ambil dqn hantar saya pergi kerja dan anak ke taska. Hanya itu saja saya rasa saya bertahan dengqn dia… saya nak twnya pendapqt, bolekah saya sbgai isteri menuntut hak minta lepas kerana suami suka mnghina dan mnyumpah saya sejak saya berubah ni dan tidak bagi belanja kepada saya dn anak selama ni? Kadang saya fikir, betulkah saya berubah ni..kenapa saya berubah nak baik tpi suami berubah jadi tak baik… Aduhai… ?




