Admin, tolong siarkan. Warga krt, tolong komen membina untuk saya kuatkan semangat and sayangi diri sendiri.
Kisah saya panjang, mesti yang baca nanti akan sakit hati dan panggil saya bodoh. Saya sedar, saya bodoh and saya dah tak mampu nak pbodohkan diri untuk suami yang bhati binatang macam awk, boi.
Saya kenal suami masa zaman sekolah, berkawan kejap then lepas habis study berkawan balik dalam 4 tahun sebelum kami tunang dan bkahwin, sekarang dah ada 2 anak, 3x miscarriages termasuk dengan gugur harini. Sepanjang bkawan dengan suami, 3x dia buat perangai ada perempuan lain, mula2 dengan dila yang tua 5 tahun dari usia kami, selang 2 tahun buat perangai dengan yati yang tua 12 tahun, lepas tu buat lagi perangai sampaikan ex gf lama dia datang serang and kacau sepanjang kami tunang.
Suami bila time dia ok, dia baik sangat. Kemas rumah, masak, beli barang dapur, lipat baju, alhamdulillah memang baik, depan mata semua orang, dia sempurna. Tapi, tak de sapa tau macam mana dia seksa mental dan physical saya, dari awal kawen sampai sekarang. Suka hina saya, suka panggil saya btina murahan, suka merendahkan diri saya dengan cakap saya tak cantik, saya nie tak macam biras yang lain, saya nie tak macam ex2 gf dia yang lama.
Selalu balik rumah cakap, tadi nampak amoi sexy pakai gstring semua tu, selalu balik rumah bcita pasal isteri kawan2 dia yang perfect, yang suri rumah jaga makan pakai, sedangkan saya bkerja, gaji 3x ganda dari dia, dia duduk rumah free(rumah kosong family saya), dia tak dak kereta, just guna kereta saya isi minyak(bulanan saya yang tanggung sorang), bil api air cukai semua saya tanggung, ada masa dia tak dak duit semua saya bagi, nak repair motor saya bagi sampai 700 pon kata saya macam2 lagi.
Dari awal kawen, saya kena viral fever, teruk saya kena maki, dia kata dia tak rasa macam org lain masa awal2 kawen sebab saya dah sakit, kena ulang alik hospital and last sekali admit sebab saspek dengue. Dia? Maki hamun saya kata saya menyusahkan dia and tak dak function kawen dengan saya. Lepas saya dah sihat dari viral fever, saya pregnant. Pon jadi masalah, sebab saya mual alahan sangat teruk. Saya tak mampu nak bangun makan, dia balik rumah bawak 1 makanan, kami share 2, saya tpaksa makan atas katil sebab tak dak tenaga, dia paksa2 saya bawak turun tilam queen tebal tu baring kat bawak, and angkat tilam setiap pgi walaupun tau saya tak mampu.
Maki hamun saya pagi2 surug buat air dekat dia sedangkan saya nak ke toilet pon saya merangkak. Allah, kejam awk boi. Setiap haru saya dimaki, dihamun, sampaikan saya depressi0n, saya kelar tangan saya sendiri, saya tak mampu nak bhadapan dengan family, saya sorok semua dari family saya dan dia. Rupanya belakang saya, dia bcita dekat family saya macam2, pusing cerita itu ini untuk tunjuk btapa teruknya saya dekat semua org sampaikan abah saya pon tau cerita, saya langsung xtau apa2 and blakon macam semuanya ok. Bila tak tahan sangat kena maki, saya marah, saya melawan. And dia tolak saya kena tombol pintu rumah, saya jatuh. Esok tu saya gugur. Allahuakhbar, saya still jaga aib dia, tak bcita.
Sambungan..Part 2..
Masa first gugur, alhamdulillah dia jaga saya elok, dia yang uruskan semua, basuh dah2 saya dekat carpet, basuh pad saya, cuci rumah, masak, jaga pantang. Semua dia buat. Alhamdulillah sangat, saya dah tak dak mak, semua dia yang buat. Lepas tu kami ok, ada gado2 jugak tapi still ok sampai la saya pregnant lagi. Masa saya pregnant 4bulan, kami bcerai. Time tu baru saya tau apa yang dia bcerita dekat semua, tkejut saya. Tapi saya pon ada bcita dekat biras pasal apa yang dia buat dekat saya, apa mak ayah dia kata pasal saya yang saya baca dekat whatsapp and apa yang suami kata(suami suka bcita kata ayah mak dia tak suka saya and mengata saya macam2).
Kami bcerai masa tu sebab dia ada perempuan lain, kontraktor kaya yang sebaya kami. Allah sedih saya nak cerita. Pagi tu kami elok pergi pasar beli ikan, sampai tengahari dia cakap nak cerai and nak tido rumah family dia sebab nak bagitau aemua, saya tanya kenapa? Dia senyap. Dah cerai baru saya tau dia gila kat perempuan lain. Masa saya bleeding( saya pregnancy yang bmsalah), dia buat tak tau. Saya call mintak tolong hantarkan, dia blocked saya. Dia kata saya bukan mengandung anak dia, and masa tu dia checkin dengan perempuan tu.
tak sampai 2bulan, dia rujuk balik saya and saya terima. Masa rujuk mula2 tu pon ada naik turun, saya banyak bsabar, masa saya dalam pantang, dia maki hamun balik. Depan family, dia buat macam saya nie suka mlawan cakap dia and dia pak turut, sedangkan dia suka saiko saya sampikan saya lari tengah malam sorang2 masa dalam pantang sebab tekanan sangat, ada sekali tu saya lari bawak anak, saya pergj genting checkin bdua dengan baby, tak sampai 2minggu anak masa tu.
Saya bsalin czer, myusahkan dia cakap. Masa saya dah 2 hari lari ke genting, saya balik rumah kejap di kl sebab nak mintak maaf dekat dia, dia pukul saya, dia heret saya dari depan sampai ke belakang, dia sepak saya, dia tarik rambut saya and sepak saya macam saya bola. B0doh kan saya? Bila dah ok, dia mintak maaf. Tapi lepas tu dia ugut nak tinggalkan saya balik. Saya kena refer kaunseling sebab terlalu stress, tapi dia gelak and cakap saya mengada2. Sebulan masa checkup anak doctor cek saya ada keputihan yang pelik rupanya saya kena penyakit kelamin dari suami Allahuakhbar. Saya nak bcita sebab nak isteri kat luar sana jadikan saya sebagai pengajaran. Tapi bila bcita nie jadi sedih balik.
Bersambung..Part 3
Bila doctor bagitau depan dia(doctor nak jumpa husband sekali and dua2 kena cucuk antibiotic), dia buat biasa macam tak bsalah. Saya tau gonorrhoea tu bukan dari saya sebab saya hanya ada dia seorang, balik dari kk, dia still tak mengaku last2 ugut nak ceraikan saya. Saya geram, saya bagitau kakak ipar saya, yang sedih, kakak ipar cakap, kalau gonorrhoea tu bukan dari suami pon, tetap suami jugak yang kena mengaku kan? Allah.
Saya tak de tempat nak share masa tu, tak nak bukak mulut dekat family sendiri, tak nak aibkan dia, tak nak dia rasa down, tapi bila kakak dia cakap macam tu, siap cakap, kena ingat title menantu, menantu tetap org luar. Saya tdiam. Saya dah redha, saya yang pilih untuk rujuk, saya diam. Malam2 saya nages, saya main2 dengan pisau, toreh2 tangan, selalu tbayang saya bunuh diri, tapi saya fikir kang terus masuk neraka, kesian dekat anak.
Sebulan 2 macam tu, nampak perubahan dekat suami, suami dah ok. Bila bcakap, lembut. Layan saya elok, layan anak elok, rasa dia berubah. Still ada gado2 tapi still under control. Bila ada gadoh besar, selalu bkaitan dengan duit and family, saya celat halau dia keluar dari rumah. Sebab dia selalu sangat kata tak rasa pendapatan isi rumah sedangkan gaji dia 2500 bersih, rumah free, keta free, nursery anak tong2, batang dapor kejap beli kejap tak, saya kena topup selalu, duit mimyak motor saya bagi, tetap nak maki hamun balik kat saya.
Sampai saya pregnant anak kedua, saya tau dia main judi. Balik tengah pagi buta, mintak duit, serabut, kata duit hilang la apa l, asal duit hilang saya akan bagi dia duit, hilang 400 saya bagi 600, hilang seribu then saya tanggung anak sendiri, nursery barang dapur semua sendiri. Bila saya kena admit sebab prem contaction, nampak dia dah slow down dengan machine, dia tak tau saya tau. Kawan2 saya semua tau dia main machine, pernah nampak dia, siap ada gambar. Bukan setakat kawan, saya sendiri ambush masuk kedai machine, tu pon tak mengaku jugak!
Bila anak no 2 dah keluar, dia slow kejap lepas tu ligat balik. Tak balik malam, tak tahan then saya mengadu dekat ayah mertua. Bila saya cakap suami main machine, ayah mertua tanya saya 3 soalan.
1. Betul ke selama nie suami beli barang dapur tapi saya tak masak?
2. Betul ke saya halau suami dari rumah?
3. Lagi 1 tak ingat.
Rupanya suami still sama, suka bcita bukan2 dekat belakang saya and pusing semua cerita. Saya mengaku saya halau suami tapi dsebabkan kenapa? Yes saya bdosa, tapi kalau suami tu hidup senang tak kenang diuntung, memang takkan sedar sampai bila2 saya banyak tolong dia. Bab masak tu lawak, sedangkan saya bawak bekal pergi office, cuma kadang2 bila balik lambat, terus tapau makan(guna duit saya), pon nak jadi isu. Owh, saya and suami lahir tahun 1989, kahwin masa 2014. Matang ke tak matang perangai?
Bulan 5 tahun nie, dia keluar rumah. Saya suruh dia keluar lepas dia naik tangan balik dekat saya, lepas dia cabar saya, lepas dia saiko saya guna nama family dia. Dsebakan mulut suami, saya jadi benci dekat family dia, sedangkan selama nie mak ayah dia tak bkata bruk dekat saya(suami selalu cakap diorg kata saya macam2), rupanya suami yang reka cerita. Anak no 2 masa tu baru 4bulan. Dia keluar rumah, dengan tak tinggalkan ap2 untuk anak2. Siap pakej keluar rumah, cari ex gf lama balik.
Sepanjang tempoh dia keluar rumah, langsung tak sediakan apa2 untuk anak2, anak2 sakit semua saya uruskan sorang, dia? Sibuk menggatal dengan si betina tu, bjanji sana sini nak masuk mminang, dalam masa yang sama sibuk kata tak dak duit untuk beli pampers anak. Yang lawak siap guna nama bapak dia, oh ayah cakap jangan bagi nafkah anak2 sebab anak2 dengan saya, kalau nak nafkah baik bagi anak2 pada suami. Nampak? Pernagai bsuuk tak btanggung jawab, dah tu macam mana saya nak fikir yang baik2 pasal family dia kalau dia selalu petik nama family?
Bulan 7 kami cerai, masa tu bukan main si betina(ex gf) dia whatsapp saya, tunjuk gambar la, nak kawen la apa la, saiko macam2. Owh ex gf dia tu dah 30, adik dia dah kawen tapi dia tak kawen so desperate sangat nak dekat suami saya. Tapi last2 kami rujuk balik bulan 10 haritu lepas campur tangan family saya. Family saya ingat saya yang bermasalah and pujuk suami, sedangkan saya malas nak bukak mulut. And si ex gf tu? Meroyan.
Suami saya? Buang je btina tu macam mana dia buang kami anak beranak, senang kan? And disebabkan tu la, saya sakit. Kena buatan. Haritu lepas cerai dah kena buatan, dah berubat, nie kena balik. Suami? Perangai macam set@n balik, dari awal rujuk sampi sekarang, maki hamun, ungkit mengungkit, lagi pulak dia dapat duit epf, boleh pulak kata saya rujuk dengan dia sebab ada udang dsebalik batu. Bersambung..




