Terima kasih admin sebab siar kisah sy pada 17 mei jam 23:01. Saya rasa lega sikit lepas dapat luah kat sini. Sy tak dapat nak cerita kat sape.
Tahun lepas kami pernah ke pejabat agama, selepas dia kantoi ada akaun dengan nama palsu, dan dia duk post video luch non-stop kat situ. Kantoi dengan sy, sy terus avoid dia. Sy mintak cerai. Sebab dah banyak kali kantoi banyak benda yang berdosa besar. Kalau hukum hudud ada kat negara ni dah kena dah dia, tak sempat nak berzna dengan banyak perempuan macamni. sy malu ada pertalian suami dengan dia. Isteri sendiri ada tapi tak sentuh, duk tengok video lcah. Patutlah setiap malam tidur lewat. Yang tengok lcah tu praktis kat mana? Tapi dia mintak utk sesi kaunseling. Masatu kaunseling tu, 1st time sy luah separuh drpd apa yg terbuku dihati, Sumpah, kalau kantoi dengan sy sebelum kawin, sy takkan kawin dengan lelaki macamni. Sebelum kawin memang sy ada syak macam-macam tapi kita bersangka baik. Mungkin sy je syak macam-macam. Tapi percayalah naluri wanita memang tepat. Lelaki cuma sweet talker, tu yg buat wanita tertipu.
Lepas kawin saya start ada keputihan yang terlalu banyak, dan itu petanda awal yang saya mula syak ada yg tak kena.. Saya beranikan diri bertanya sebab benda ni tak pernah jadi kepada sy. Dan memang ya. Dia bukan teruna. Dia pernah terlanjur. Dia cerita hanya terlanjur dengan ex dia dulu, lebih 5 tahun dulu. Katanya ex dia memang ada keputihan. (Eh kau ingat keputihan ni keputihan je? penyakit kelamin yg lain pun keluar cecair kat situ, bukan sekadar lendiran biasa) sebelum kawin kata segar dari ladang, lepas kawin baru mengaku.
Dia salahkan ex dia dulu. Tapi hakikatnya lepas tu, sy berjaya bongkar banyak kisah dia berzna dengan btina-btina lain. Ya Allah penyakit apa yang kau bagi kat aku ni suami? Aku jaga diri, tak pernah disentuh lelaki. Lepas kawin baru aku bagi kau sentuh, kau bagi penyakit kat aku?
Tapi, Kita isteri ni cepat lembut hati, maafkan walaupun tak boleh lupakan. Tapi keputihan yang keluar tu, warna pun dah pelik. Kuning pun ada. Berterusan sampai mengandung, doktor bagi antibiotik, sy terpaksa makan sebab takut kuman affect baby. Tapi dlm masa yg sama sy takut jgk makan certain antibiotic ms mengandung, takut risiko kepada baby. Sebab masatu sy baru nak masuk trimester kedua. Alhamdulillah anak sy takde pape, tapi lahir terus kena tahan ward kerana jangkitan kuman.
Banyak kali sangat dah sy berlembut hati. Semuanya kerana fikirkan anak. Tapi sampai bila? Sy dah letih. Nafkah zahir batin dua-dua tak dapat. Nafkah zahir, biasanya dapat masa makan kat kedai je, dia bayar. Yang lain 90% sy bayar sendiri. Loan rumah dan kereta pun kami share 50:50.
Nafkah btin? Sy dapat nafkah btin kerap masa beberapa bulan lepas kahwin je, sebab sy agak lambat mengandung dan suami rasa tergugat bila kawan dia tanya bila nak dapat anak, kawan-kawan dia semua isteri mengandung terus lepas kawin. Sedangkan sy dah lebih setengah tahun kawin tapi tak mengandung. Masatu jelah ada nafkah batin. Lepas konfem mengandung, tu titik permulaan kepada nafkah batin sekali dalam 2-3 bulan. Dan sy pregnant, mestilah tak period. Walau diajak, tapi dia melengahkan (menolak tapi tak cakap, duk sibuk buat benda lain, main hp, etc), akhirnya sy tidur dalam air mata almost setiap malam. Sampai sy terfikir nak beli sex toy. Sehingga ke bersalin sy makan hati. Dan 8 bulan lepas bersalin baru dia ajak bersama. Sebelum anak umur 8 bulan tu, banyak kali sy ajak, sy bagi hint tapi dia buat-buat sibuk.
So agak-agak kat mana dia lepaskan nfsu? Lelaki-lelaki boleh jawab ke, suami ni jenis yg tak tahan nfsu selama ni, tiba-tiba tak sentuh bini lamaaa sangat. Lepas nfsu kat mana? Sekarang, setiap kali bersama pun sekejap sangat. 10 minit tu paling lama dah. Dan Sebulan biasanya 1 kali, kadang-kadang 2kali.
Sy ni ibarat kawin tanpa nafkah. Dan menanggung banyak perbelanjaan. Bil yg beratus sy bayar sebab dia kaki aircond, makan pakai pun saya bayar. Keperluan anak pun byk yg sy bayar. Sebelum bersalin, barang keperluan baby semua sy tanggung sendiri. Dalam kepala sy, akulah suami akulah isteri. Lagi dasyat dari orang yg tak kawin sebab utk certain benda, sy tanggung suami.





September 2, 2018
Takyah simpan laa laki mcm ni…adoii…dah lah nafkah zahir pun tak bagi. Kaki zina pulak tu. Maqasid menjaga nyawa sendiri lagi besar. Simpan lelaki mcm ni pun bawak hidup merana je. Bukannya boleh bimbing isteri pun dan tak layak jadi ketua keluarga. Kalau jenis lelaki macam ni. Tak sampai la tujuan perkahwinan yg sebenarnya ikut islam.