Salam Admin..Selamat Malam.Tolong Hide profile Saya ok!!…ni pun pinjam Fb rakan baik! macamni. Saya ni seorg Isteri mempunyai 5 org anak. mmpunyai suami yang hanya tahu anak mmbesar sahajaa. sakit pening anak anak hanya saya yang ambil tahu. termasuklah pelajaran anak anak, semuanya saya yang patut ambil berat. yelah saya fhm lah, sbbnya dia ni bekerja kan??. jd takda masa nak ambil tahu hal perkembangan anak anak.Tapi salah ke saya bagitahu,”ambil lah tahu hal anak anak sikit!.Nasihat apa yang patut hal pembeljaran!!..ni tidak!!.dia cuma tahu keja crik duit,hal anak anak dia tak ambil tahu pun!! KALAU saya bising,”anak anak tak mahu belajar ulangkaji dirumah,hanya tahu main shaja!.”Dia kata terpulang pada anak anak. Naik sakit pula kepala fikirkan ragam anak anak sendirian.
Pasal duit belanja semua tu mmglaa dia siapkan…apa yang patut…semua benda dialah yang settlekan. cuma saya ni makan hati ulam jantung!!..(fhmkan maksud saya!!)hal anak anak semua saya yang perlu atasi!!. dulu kami duk serumah,skgni ni da mula berjauhan atas urusan tempat kerja jauh sebab kami dah pun berpindah dirumah milik kami sndiri..jdnya dia nak ke tmpat kerja jauh terpaksalah seminggu sekali balik atau 2 kali sahaja.Tapi sama sahaja dr Dulu law duk serumah pun semua benda saya yang uruskan..dia tau Keje, Makan minum, tido. Anak berak ke, Anak nak makan ke, takda siapa nak layan anak tu dia tahu saya sibuk! Dia buat buat tak nampak.Dia biar sahajaa anak tu merengek ke apa ke, Dia hanya tahu hal dia
Law ada hal dalam rumah mintak tolong uruskan ke,apa ke, pasti gaduh dahulu. Terpaksalah dengar alasan alasan dia malas nak buat. Contohnya,mintak tolong bersihkan rumah seminggu sekali. mesti dia bising!”Anak anak ramai buat apa?”Dia nak harapkan anak anak pula!..mmg boleh arahkan anak2..tapi bersama sama lah..tapi dia tak mahu.! Macamana tu??sama samalah kan, bersihkan rumah ke apa ke??ni tak..law cuti 1 hari tu,dia nak duduk je depan tv mengadap dr tghari smpai ke ptg. bila ptg, sambung tido bawak ke Malam…malam plak Bgun jap. makan ke minum2 ke, pastu sambung tido sampai esoknya dan terus bangun nak pergi kerja. Bertahun tahun,macam tu je laa tabiat dia…elok sangat ke tabiatnya tu?
Dahlah sebelum ni pernah curang ngan saya. ingat lagi masa tu saya pregnant anak no4. Dia boleh tukar2 no telefon ngan betine mana entah mlm2 cll. bila bertanya mengamuk2. nak hempas telefon tu!!. risau pula dibuatnya. Tapi saya pandai time dia tido tu, saya curi2 tengok fon tu. ingat siap siap no betine tu. dan esoknya saya cll. mmg betul betine. Betine tu yang selalu sibuk melayan dia.. dia pun samalah kot kan??saya sabar. Banyak saya sabar. Lepas saya bersalin anak no4 tu, ngatkan dah takda apa2 lagi berkaitan betine2 yang kaki sondol ni. Ingatkan dah berubah yelah dia dah pun berjanji tak buat lagi.
Saya pun percayalah, rupanya ada lain plk betinanya.time tu apa lagi,saya amik fon tu saya hempas! berkecai! saya tampar muka dia. nak buat apa kat saya buatlah. tapi dia takbuat apa2. dia diam je. katanya hanya kawan chat!!. pale abah dia! Masa tu saya betul2 geram. saya mtk cerai tapi dia taknak!!. puas suruh lepaskan. dia tetap takmahu. Akhirnya kami berdamai semula. Sbbnya saya sayagkan suami saya. Kenangan tu dah lama dah 8tahun berlalu.Tapi mmg smpai ke Hari ni saya takkan pernah lupa, sampaikan saya tak tahu, samada dia ni dah betul2 berubah ke belum??? 2 kali taw buat perangai layan2 betine ni. Saya ada bgtahu dia, yang saya ssh nak percayakan dia lg. Tapi dia diam je. Saya ada bagitahu dia kepercayaan saya padanya dr 100% dah jd 50.50. Jangan sampai saya curang, saya akan buat betul betul. tapi dia diam je. apa maksud diam tu? takut ke tidak?.
Sekarang ni sejak kami dh berpindah, saya dah mula rasa berjauhan dengannya. lagi pun dia tak ambil tahu sangat hal2 kami anak beranak. Dia anggap saya pandai uruskan semuanya seperti tggal bersama dahulu. Soalannya skgni. kalaulah betul2 dia dh takkisah sangat hal kami. Bole ke?. kalau saya berkwan semula ngan ex saya sebelum ni? tapi ex saya seblum ni tu dah Beristeri. Da pun berkahwen. Tapi Dia masih sayagkan saya. Kalaulah ada jodoh, katanya dia nak ambil saya sebgai isterinya. Maksudnya bermadu?. Malau isterinya tak setuju tu bukan masalah katanya..Terpulang pd isterinya nak pisah atau macamna. Tapi nmpknya dia masih sayagkan saya. Bolehkah Macamtu?
Saya pun dh mula sayagkan dia semula. Sebenarnya kami berpisah pun sebb saya yang mula curang masa bercinta dulu dia cari saya tahu2 saya dah pun berkahwen Lama dia menyepi. Sehingga dia tak tahu apa punca saya tinggalkan dia sebab dia sayangkan saya. Tapi bila dia dah tahu saya dh berkwen. dia pun mula cari haluan sendiri dn berkahwen. Tapi kini saya dah jelaskan pd dia. punca2 saya tgglkan dia. dia dh maafkan. Dan dia kata, kalau saya ni single,. dia nak lah ambil saya sebagai isterinya. Saya buntu. saya dh mula sayagkan dia. Tolonglah. patut ke saya pula yang curang skgni? dahlaa suami pun macam tak ambil tahu hal saya. cuma law nk kemana2 kene bgtahu dia. selain tu? mmmm.. pandai2 lah saya.. Admin tolong post ye dengan segera. seblum saya betul2 jatuh hati kat suami org ni,dan berkahwen! Jangan Kecam. bagilah Nasihat yang sepatutnya supaya boleh berfikir.




