Hide profile aku min..
Assalamualaikum semua..kisah aku pernah disiarkan dahulu..yg mana ada komen positif dan tidak kurang jugak dgn kecaman..hebat.. Ok macam ni. Aku nak tanya korg semua. salahkah title isteri no 2? kerana selama ini aku bertahan setiap kali aku akan dipukul bila bergaduh. dari usia awal kandungan sehingga beberapa minggu sebelum kelahiran..fobianya suami terhadap isteri pertama aku yg kena. mesti ramai yg tanya kenapa.
Isteri pertama buat hal tatkala suami aku kerja shift malam dan suami aku sendiri yang tangkap mereka di dalam rumah. tak perlu diceritakan lebih dan korg mesti terlebih faham. dan keesokan harinya isteri pertama keluar rumah bawa pakaian dan anak-anak. hampir 3 tahun dah sekarang dan mereka masih lagi suami isteri. dan kerana itu maka lengkaplah rumah kami ini dgn cctv. dan setiap kali suami kerja mlm mesti akan sangkut pada aku..
fobianya terhadap isteri pertama sampai aku juga dikatakan bawa jantan masuk rumah dan bbila suami cek cctv blank,no signal,aku juga lah mangsanya. Aku lebih suka cctv on 24/7. biar suami nampak aku dan anak. terkadang internet problem,aku juga yg kena. mula lah whatsapp aku cakap macam-macam..aku sendiri jadi fobia dgn suami..kena pukul bantai..sedangkan suami aku bukan macam tu..bukan..baru2 ni suami bermain kias dgn aku..aku letih dah..aku dah penat..fikirkan si kecil baru berusia 3 bulan lebih,aku kuatkan diri aku..
Aku tak tahu sampai bila aku harus hadap semua ni..dgn tomahan,cacian..bukan dari orang lain,tetapi dari suami sendiri..suami yg aku sanjung berubah sekelip mata..guy’s, doakan aku kuat..aku minta kata-kata semangat dari korg semua. bukan kecaman.. Min, terima kasih..




