Min tolong siar ye.. Macam ni min. saya seorang nelayan, kadang tangkap udang dapat bnyak kadang dapat sikit. Semua hal2 rumah saya yang tanggung. Anak bini sentiasa makan mewah. Saya jaga makan minum. Tapi isteri saya suka ambil duit saya untuk bagi kat mak ayah dia, tanpa saya yang bagi. Bila tanya dah bank in kat mak dia. Memang mak dia sakit perlukan duit, tapi perlu ke mencuri?
Saya akui saya tak bagi duit kat mak ayah dia, sebab mak ayah saya sendri pun saya kurang perihatin dalam hal duit2 ni. Lagipun mak ayah saya ada pencen. Masuk tiap bulan. Inikan Isteri mintak untuk famly dia. Bukan dia orang susah sangat pun. Adik bradik dia yang lain pun tak membantu. Sedangkan mereka hidup senang.
Isteri melawan saya dengan kasar, kalau mintak abang tak bagi saya terpaksa mencuri sebab mak abah tak ade belanja kata nya. Saya terus marah dia dan saya terlepas cakap aku tidak akan halal kan jika engkau mencuri duit aku lagi. Saya bukan kedekut sangat pun cuma saya kena pandai buat simpanan sikit. Curi2 pulak. Isteri kesian kat mak ayah, tapi tak kesian kat saya. Penat lelah cari duit.
Memang la dia ambil tak banyak tapi saya tahu bila duit saya hilang. Dah dua hari dia berkurung dalam bilik, mata bengkak. Tapi pagi ni saya rasa sangat tercabar, dia hilang bawak kedua anak kami. Ingtkan hantar anak ke sekolah rupa nya bawak lari anak. Saya call mak ayah dia kata dia tak da balik kampung. Satu mesej je saya dapat harini, halal makan minum mak ayah dia dengan duit yg dia ambik. Itu je dia mintak.
Saya dah halalkan cuma rasa terkilan jer. Sekarang call ws semua dah block. Serabut saya ni. Anak2 pulak rapat dengan saya. Rasa dunia ni tak berputar bila dapat tahu isteri saya lari. Saya takde no tel adik bradik dia yang lain. Cuma ada no mak dia ja. Rusing jugak. Isteri pulak jenis malas nk kerja, dia kata penat takda masa utk famly katanya.
Tapi bila takda duit untuk sara mak ayah duit saya disapunya. Saya rasa dia balik rumah mak ayah dia. Perlu ke saya datang pujuk. Sebab saya rasa nak ambil anak2 jer. Maaf min ayat terabur.





September 15, 2018
Saudara Ku..kamu orang baik.Dan bertanggungjawab..tapi malang dapat pasangan yang tidak faham konsep suami Dan isteri…dalam hal INI..bagi saya biarkan sahaja..isteri saudara keluar dari rumah..kerana saudara tidak menyuruh dia keluar..Dan dia sendiri yang memiliki hati yang tidak suci sebagi isteri…tambahan pula dia tidak mempunyai pekerjaan…satu hari dia akan cari saudara semula..kerana bersama sama dia..anak saudara yg masih memerlukan saudara…untuk satu dua bulan INI..biarkan sahaja..sampai bila dia nak tunjuk dia betul..atau nak melihat ketahanan saudara kerana ketiadaan dia….betul kata saudara kenapa perlu mencuri…keihlasan ITU wajib dalam diri individual…saudara tak perlu risau tenang tenang sahaja…kerana..APA yangdia buat makan diri sendiri…biarlah saudara saeorang nelayan..pekerjaan saudara halal..tidak mencuri Dan tidak menipu….teruskan kehidupan bersama Allah sebagi Sakai Dan kecintaan saudara kepada nya…saya doakan saudara..tenang tenang sahaja…kalau esok…isteri saudara pulang..Tanya padspada dia..duit siapa pulak awak cuti untuk balik rumah ni.?