Asslmkm admin. Ni nak luah rasa terkilan dan sedih sikit memandangkan dah pendam. Suami saya jenis kuat kritik masakan orang lain termasuk mak bapa saya masak. Pernah sekali mak saya masak ajak dia makan Dia siap kutuk dan banding2 kan lagi masakan mak dia dengan mak saya. Saya tahu mak saya terasa hati tapi mak saya senyum je.
1 lagi bila saya masak pun dia kutuk2 masakan saya dan banding2kan dengan mak dia juga. Saya cuba yg terbaik tapi dia kata 1 family saya semua tak reti masak. Sedangkan dia duduk dengan family saya serumah dia tak payah keluar duit 1 sen pun untuk beras dan bekalan makanan. Yg paling tragis, dia siap cerita kekurangan family saya dekat family dia.
Saya tak pernah sibuk pun hal family dia dan tak buka mulut pun depan mak bapa saya sekalipun family dia ada kekurangan. Segala aib saya dan family dia cerita kat family dia. Seolah olah dia je nampak baik. Ibu mertua saya suka puji suami saya anak yang baik tapi bila dia dirumah mak bapa saya..Allah je maha mengetahui.
Bila saya tegur bab ibadah dia sampai sanggup naik tangan nak tumbuk muka saya. Anak saya batuk2 dia siap cakap “kalo tak reti jaga anak, baik mat! je budak tu”..nauzubillah..terkilan saya tergamak dia kata macam tu. Padahal dengan mak dia berlagak malaikat.
Nafkah anak bini pun berkira. Sanggup terbang duit join judi jackp0t. Tapi bila duit makan anak bini terlalu berkira. Tergamak dia berpura baik sedangkan dia sanggup pukul saya di rumah mak bapa saya sendiri.