Assalam admin dan warga krt.. Nak minta pendapat korang semua.. Tak lama lagi birthday isteri aku.. semalam terlintas di fikiran aku nak belikan henset untuk surprise isteri aku sempena birthday dia.. aku pun search kat fb kedai henset yang biasa aku beli, tgok2 tengah ada promotion.. kebetulan pulak hari tu last day promotion kedai tu.. time tu dah pukul 9 malam.. beza harga masa promotion rm130 jugak la berbanding harga asal.. kedai tutup pkul 10malam.. jadi aku hanya ada masa 1jam je untuk ke kedai henset tu seblum tutup.. kedai agak jauh dri rumah aku lebih kurg 30 km.. so, aku buat keputusan untuk terus ke kedai tu.. sepatutnya pkul 9 tu aku kena ambil anak kat rumah pengasuh.. isteri aku pukul 10 malam bru balik keja.. aku pun terus call pengasuh bgtau lewat ckit ambil anak aku sebab nak ke pekan..
Aku pun drive keta laju macam orang terbang sebab nak kejar masa dan terus ke kedai henset tu.. bila dh dapat beli henset yang aku nak, aku terus balik.. otw balik, terus ambil anak kat rumah pengasuh.. sampai je rumah aku, isteri aku dah balik.. dia marah2 aku sebab lewat 1 jam ambil anak.. marah aku macam aku tak ada perasaan.. sedih gak aku.. padahal bukan aku saja2 lewat nak ambil anak.. aku lewat sebab nak pi beli hadiah untuk dia jugak.. bini aku ni bukan boleh silap ckit.. asyik nak marah ja.. kalau dengan kawan2 dia, dengan kawan laki tmpt keja dia boleh pulak bergurau dalam fb… mentang2 la kawan tu hensem.. tapi dengan aku macam tak ada perasaan ja..
Dengan mak aku dia tak cakap kadang mak aku ajak makan pun dia senyap buat pekak je padahal mak aku yang masak semua makanan.. Mak aku selalu terasa hati dengan dia.. Hati mak aku lgsung dia tak pndi nak jaga.. Jadi aku agak kecewa la sebab dia marah aku.. hanya sebab aku lewat 1 jam ambil anak, 2 hari dia tak cakap dengan aku.. Besar sgt ke salah aku? korang rasa patut ke aku bagi hadiah tu kat isteri aku Atau aku jual je pada orang lain.. takyah bagi ape2 kat dia..




