hi min. aku nak luahkan sikit kekecewaan aku ni. suami aku keje biasa2 dan aku dah berhenti keje sejak alahan aku teruk sangat. aku duduk rumah je buat bisnes online sikit2 nak support suami aku. aku nak beli barang tak mintak duit dia pun sebab tak nak susahkan dia.
tapi suami aku ni terlampau baik habis semua orang dia nak tolong walaupun dia pun susah. aku suruh dia buat baik berpada pada. dia cakap takpe harini kita tolong orang, esok orang tolong kita. masalahnya nanti dia susah, aku jugak yang kena tolong. orang lain tu lesap entah ke mana.
aku ikhlaskan diri nak tolong suami sendiri. duit aku banyak habis duk tolong dia. aku ni sejak kawin banyak benda aku nak, aku lupakan je sebab nak simpan untuk guna time perlu. family dia pulak hidup biasa2 je tapi lagaknya macam suami aku ni banyak duit. sebab suami aku duk ikut sangatla makin lama makin susah. aku dah bosan nak tegur sampai aku tawar hati dah.
Aku dari bujang suka melawa duit gaji aku memang banyak habis ke arah make up je tak kisahlah tu duit aku sendiri. yang hramnya, family dia boleh pulak pesan kat aku kurangkan lah beli make up sebab takut aku perabih duit anak dia aku nak beli pape pun guna duit aku sendiri.
aku dah bosan terus macamni. manalah aku tak stress suami aku perangai macam ni. aku sekarang mengandung, esok lusa dah nak beranak.
nanti makin banyak nak pakai duit. dia punya tahap baik kalah badan kebajikan. sedara dia tak ade motor nak pergi keje, dia sanggup bagi moto dia yang dah habis bayar tu dan beli motor baru tanpa pengetahuan aku. sekarang dah senang senyap tak ade berita. serious min aku stress aku tak tahu nak buat apa. aku tak kisah susah senang dengan dia tapi aku marah bila dia sengaja cari kesusahan.




