Assalam. Saya suri rumah sepenuh masa menjaga anak berusia setahun 6 bulan Dan kini dikurniakan rezeki lagi mengandung 6 bulan. Hari2 saya di rumah bersama anak, Dan hari2 juga bila suami balik kerja dia akan merungut dan ‘berbulu mata’ tengok saya di rumah dengan anak. Suami saya kata saya tak seperti bini orang lain, tak ade kerja, kerja jaga anak je. katanya “kau hadap je la anak kau tu.” Bukan saya sengaja tak nak bekerja, tapi anak ini Amanat Allah dan tanggungjwb saya, lagi saya nak letak dkt pengasuh kena bayar lagi (itu semua kos memandangkan duit yang kami ada hanya cukup buat makan je).
Saya bukan tak cuba cari inisiatif untuk buat kerja apa2, selalu jgk survey kerja sambilan di rumah (boleh saya jaga anak), tapi untuk jadi agen stokis dropship tu semua memerlukan modal. Duit gaji suami pun habis buat bayar rumah Dan beli barang keperluan dapur sahaja. Rumh sewa kami pun rm1k (kalau nak dibandingkan di kawasan saya duduk ni, ini dah dikira murah rumah kami dengan kemudahan yang ada + dekat dengan rumah mak saya). Bukan tak kesiankan suami, bukan nak menyusahkan dia tapi mak saya cakap suami saya kena la berusaha lebih sebab tanggungjwb dia untuk sediakan rumah Dan mkn minum kami.
Mak saya kata bukan saya yang kena bekerja dalam keadaan macam ni suami yang kena kerja lebih untuk sara kami. (Mak ckap macam ni sebab sebelum ni suami pernah ada buat perangai Dan memandangkan suami pun bru nak ada rasa tanggungjwb ke atas saya dan anak).
Tiap2 malam saya terbawa2 tekanan ni sampai nak tido pun tak boleh, sebab rasa macam saya ni beban sangat untuk suami saya. Suami pun macam dah malas nak layan saya. Dia ada kata dia menyampah geli tengok saya ni dekat rumah je tak ade keje macam wanita lain. Buatkan saya rasa down lagi. Kadang2 rasa macam nak bwa diri Dan anak pergi jauh Dr semua orang, kerana tak nak menyusahkan sesiapa lg




