Hai admin. Tolong hide profile saya ya. Saya ingin kongsikan masalah dalam rumahtangga saya sejak bberapa minggu ini. Saya umur 25 tahun. Saya kawin di usia muda kami dikurniakan 2 orang anak dan kini sarat mengndung anak ke 3
Saya dan suami kerap bergaduh sepanjang perkahwinan biasanya kerana wang atau orang ke3. Sepanjang beberapa tahun usia perkahwinan, saya sering menangkap perbuatan curang suami saya di belakang saya (mungkin lebih 7-8 kali. Tidak termasuk yang saya tidak tahu). Seringkali saya memberi dia peluang lagi, lagi dan lagi. Saya pernah lari membawa anak2 saya dan tinggal bersama orang tua saya tapi suami datang pujuk saya. Saya terima lagi.
Terbaru. Saya mendapat tahu suami buat lagi. Kali ini dengan wanita yang lebih berusia belasan tahun tua dari suami. Mereka telah bersama sejak pghujung 2017. Dan saya mendapat tahu hal ini hanya beberapa bulan lalu. Perempuan itu pun tengah mgndung anak ke2. Saya jumpa fb suami beberapa bulan lalu. Saya nampak seorang wanita kerap react love pada tiap post suami saya. Bila saya stalk wanita tu, saya nampak ada bberapa post dia yang tag suami saya. Saya pm dia. Saya tanya apa hubungan mereka. memang mereka lebih dari kawan. Malah sudah terlanjur sewaktu suami saya ops beberapa kali. Saya juga ada warning suami saya untuk hentikan. Suami setuju.
Tapi. hal itu tak berhenti setakat itu. Minggu lalu suami balik bercuti. Saya mendapat gerak hati periksa hp dia. Saya dapati mereka masih berhubung. Saya ambil no wanita itu, saya whtapp dia sendiri. Dengan b0ngkak dia cakap sda terlanjur macam mana pun bukan salah dia kerana menurutnya suami bgitau dia saya isteri jahat. JAHAT? Saya cuma seorg isteri yang pertahan rumahtangga saya selama ini. Saya cantas habis2an tiap kali ada orang ke3 dalam rmhtangga kami. Jahatkah saya?
Saya dapat tau juga mereka tlh lama bersama, dan ini anak ke2 mereka. Suami juga berhutang hingga 1k dgn perempuan ini. Hanya Tuhan tau betapa saya kecewa, marah dan terhina. Suami jarang beri duit pda saya dan anak2, saya cuma harap duit elaun isteri tiap bulan. Tapi knapa sampai selalu sesak wang? Apa yang lebih memilukan saya…suami selalu beri alasan takdapat keluar dari pulau tiap kali saya perlu wang walau hanya 100rggt untuk beli keperluan anak2 dan dapur. Tapi suami akui ada keluar pulau bulan lalu untuk jumpa wanita itu.
Minggu lalu, saya buang sim suami dan buang hp yang perempuan itu beli. Kerana saya marah tiap kali wanita itu mengungkit “hp laki u pun i yang beli”. Tapi dalam diam. suami beli sim baru dan cari balik wanita itu. Mereka senyap2 berwatsapp dan gelar saya perempuan gilla. Sebelum balik kl, suami ckp “kamu bawa syal, bini meyusahkan”. Saya terima saya memang menyusahkan dan tak bekerja. Hanya harap duit suami. Tak seperti perempuan itu yang kerja supervisor. Kini saya tgh mgumpul bukti dan kekuatan untuk saya bercerai selepas saya melahirkan anak saya. Apa patut saya buat? Terima kasih admin..




