Tolong hide profile. thanks. Aku rindu abang aku. Salam thanks kalau confession ni di publish. and first off all, sory kalau penulisan aku agak memeningkan. kurang pandai menulis. sekadar nak meluahkan. Aku Aimi, bukan nama sebenar umur 29. anak kelima dari 6 beradik. ada 3 kakak sorang abang dan sorang adik. kami adik beradik tak rapat maksud aku, kami tak mesra macam adik beradik lain boleh duduk semeja berbual tepuk tampar semua tu. mungkin atas faktor jarak umur atau mungkin atas faktor didikan mak ayah kot. tapi kami tak gaduh takde masalah pon cuma macam tajuk aku kat atas aku rindu abang aku.
Umur dah masuk 30 an. dah berkahwin dengan seorang yang cantik tu cantiklah good looking orang kata tapi tu lah. bila cantik yang kau cari, haruslah ada harga yang perlu kau bayar.,maksud aku kat sini, akan ada sesuatu yang kau hilang. keadaan kami sekarang macam kami dah hilang sorang adik beradik. dan paling terkesan mak abah aku. aku tak tau apa puncanya dan dari mana silapnya. mungkin abang aku terlalu sayang bini dia sampai segala benda dia turuntukan atau mungkin juga bini dia yang dah kawal hidup dia seketat ketat nya..
Ceritanya selepas je abang aku kahwin, kami langsung tak pernah merasa duit ringgit dia. bukan nak cakap kami gile duit dia. tak. tapi beza dengan dah kahwin dengan belum kahwin tu tak sama. dengan mak abah pulak, langsung tak pernah hulur duit belanja. ada la sekali dua bila mak ayah dah terdesak sangat. terpaksa mintak dia bagi. tapi tak lebih tak kurang. banyak mana yang dimintak, banyak tu la dia bagi. wife dia tak bekerja hidup tersangatlah mewah. dari atas sampai bawah semua barang branded. family dia sendiri pulak setahu aku bukan lah dari kalangan family yang senang. biasa2 je macam parents aku juga tapi selepas kahwin, nampak bezanya. dari sini korang mungkin dah dapat rasa apa sebenarnya aku cuba nak sampaikan..
Bukan niat aku nk memburukkan dia. jauh lagi nak mengaibkan dia. awal2 dia kahwin dulu kami boleh terima dia. sebab dah setting dalam kepala 0tak, tiap orang ada baik buruk dia. walau dari awal kami dah nampak. bayangkan malam dorang nikah,xmalam tu jugak final bola sepak dan team yang menang tu team pemain yg dia suka. dia punya terkinja2 masa menang tu macam taksedar yang kau tgh dalam majlis apa masa tu. Abah aku tengok dah geleng kepala. hari pertama kau sendiri dah tunjuk sifat kebudak-budakan kau. then lepas tu family gathering side ktorang, masa orang semua tengah sibuk memasak, kau sorang2 depan tv sambil pegang tepon.
Bila orang siap hidang, kau laki bini la orang pertama yang duduk bersila. dah siap makan, kau cuma angkat pinggan kau laki bini pergi basuh. mana sifat perempuan kau yang sepatutnya rajin?nak2 lagi kau baru kahwin. kau sendiri tau semua mata tengah memerhati peel kau tak ape kami diam. Makin lama makin menjadi2. pernah sekali adik aku sakit. abah aku call abang aku bagitau abang aku boleh cakap, “orang kalau nak balik tengok adik ni, orang kena berhutang dengan kawan ni. orang tak ade duit..” korang boleh bayangkan tak baru lepas 3 hari gaji dah boleh cakap tak ade duit aku syak bini dia jadi menteri kewangan dia tak pelah.
Pernah sekali, dia balik kampung mak abah. dia keluar beli lauk untuk mak abah. mak abah cakap, masa dia keluar kereta, mak abah kat dapur dah bau ikan tu ikan yang dah lama. dah busuk sangat. mak aku menitis air mata. Selama mak abah besarkan anak2 tak pernah sekali dorang beli ikan yang dah busuk macam tu. mak abah aku tak boleh telan pon ikan tu. mak nak siang ikan tu pon tak sanggup. pecah perut sana sini sedih weh. then besoknya mak abah sendiri yang keluar beli lauk. Allah moga mak abah terus doakan kebaikan dorang.
Aku tau abang aku bukan jenis kedekut sebab sebelum dia kawen setakat seratus dua apalah sangat untuk adik beradik tu masa aku belajar bukan sikit yang dia tolong aku tak lupa. sekarang ni pon kalau tak hulur kat kami adik beradik. kami tak kisah. bukan tanggungjawab dia lagi dah. kami pun dah ada keluarga masing2. tapi dengan mak abah tu. tanggungjawab anak lelaki dengan mak abah sampai matti. ya, aku tahu turutan nafkah isteri mendahului dari mak abah. tapi kenapa sampai kau tak boleh senangkan mak abah walau sikit. apa kau ingat balas jasa mak abah tu cukup sampai kau kahwin je?kau kerja bukan calang2 one of biggest company kat Malaysia ni. kalo sebut pon orang tau.
Pada orang yang tak kenal, bila tengok bini abang aku, mungkin akan cakap, tak apela laki dia engineer kerja company besar apa ada hal. tapi bila tengok mak abah aku pulak, mungkin akan cakap,,kata anak engineer kat situ2, tapi kenapa hidup susah korang boleh bayang kot.. Pernah sekali, mak aku tumpang rumah abang aku sebab one of family members kita orang warded dan mak aku nak melawat. tumpang rumah dia sebab paling dekat dengan hospital tu dan sedihnya, besok tu abang aku kerja, tinggallah mak aku dengan menantu dia.
Bini abang aku tu langsung tak sediakan apa2 untuk mak aku. dia langsung taksediakan sarapan untuk mak aku dan dekat rumah tu pon tak ade apa2 untuk mak aku jamah. boleh bayang tak perut orang tua yang memang dah biasa pagi2 kena sarapan macam mana. mak aku cuma makan roti. tu pon dia beli sendiri kat TBS masa otw nak balik kampung dengan bas. dia cuma bangun pagi then hadap telefon depan tv. kot la nak berbual dengan mak.




