Mohon Hidekan identiti saya.Tahun ni raya sebagai Single Dad dan mempunyai 3 orang cahaya mata dan telah mendirikan rumah tangga selama lebih kurang 15 tahun akibat kecurangan seorang isteri yg selama ini saya sayangi. namun segalanya musnah akibat perbuatannya. Kecurangannya telah dapat saya kesan daripada gerak hati serta naluri seorang suami yang mana merupakan ketua keluarga yang di Amanahkan oleh Allah swt. Segala keperluan dan keselesaan serta tnggujwb seorang suami telah saya laksanakan dgn baik seperti mana yang dikehendaki.
Hati dan perasaan berkecai akibat perbuatannya itu.. Amat saya tidak menyangka perkara ini terjadi… Memandang Saya bekerja di luar Namun akibat kependekan akal nya smpaikan tergamak melakukan kecurangan kepada seorang suami. Hal ini dpt dihidu oleh saya melalui email miliknya yang telah di hack oleh saya. Amat hancur berkecai setelah melihat Pengesahan Book hotel telah dilakukan semasa saya bekerja. ex wife tidak bekerja hanya mengharapkan wang yg diberikan oleh saya untuk belanjanya serta ank2.
Saya pun bukan orang senang namun demi anak2 dan isteri saya terpaksa mengikat perut seemata2 ingin melihat anak2 dan isteri cukup untuk keperluan hariannya…Namun…saya dibalas dengan Racun yang tidak bermata…Hancur hati saya min….Hnya Allah swt shj yg tahu… dan saya telah membuat keputusan untuk melepaskannya…Hal ini saya telah rujuk dan saya telah failkan di Mahkamah Syariah melalui perundangan bagi tujuan pendakwaan mengikut Enakmen Jenayah Syariah hinggakan Skandal beliau telah menghubungi saya agar tindakan mahkamah tidak dilakukan.
Sorry to say…Aku ada maruah. Kedua2nya akan saya heretkan ke mahkamah…Bila hati sudah rasa sakit di atas perbuatannya itu…Menangis air mata darah sklipun saya tidak punyai perasaan lg…Saya lakukan demi keadilan,maruah dan pengajaran kepada orang ramai…agar tidk melakukan sedemikian terhadap pasangan yg sah sbg suami isteri..Ingt kita ada undang2…Gunakan undang2 mengikut saluran yg betul..InshaAllah…




