Assalamualaikum warga krt. Saya anak yatim piatu yang telah di kahwin kan oleh ibubapa saudara saya dgn suami yang tidak pernah saya kenal sebelum ni.. suami seorang yang bertanggungjawab terhadap saya dan anak2. hidup berumahtangga hampir 13 tahun di kurniakan 3 puteri yang semakin membesar kini.
Saya cumalah seorang suri rumah dan suami seorang yang bekerja. sangat baik terhadap saya dan anak2. tapi di sebalik kebaikan dia saya hidup menderita sejak lahir anak kedua kami. suami seorang kaki pu kul. kali pertama dia pkul saya kami hampir bercerai tapi saya maafkan dia demi anak2 dan dia berjanji untuk berubah.
Tapi perubahan tu cuma sementara. beberapa lama kemudian dia kembali pu kul saya kalau saya buat silap atau buat perkara2 yang dia tak berkenan. saya cuma wanita biasa yang terlalu banyak kekurangan. saya perlukan suami untuk membimbing dan menegur saya bukan menjadi punching bag dia..
Saya nak lari jauh dari dia dengan anak2. tapi saya tiada sesiapa di dunia ni. saya sudah tak mahu kembali ke rumah ibu bapa saudara yang membela saya lagi. mereka sudah terlalu banyak berkorban segalanya untuk saya. saya cuma ade anak2 sahaja di dunia ini. hidup maa ti saya hanya untuk anak2.
Tapi agak sukar untuk saya membawa anak2 keluar dari rumah ini kerana anak2 masih kecil. sesungguhnya saya tak rela tinggalkan anak2 saya walau sedetik pon dengan kaki pu kul tu. ketika ini hati saya amat sedih, remuk dan kecewa. saya tak tahu kemana saya nak tuju untuk memulakan hidup baru jauh dari insan bernama suami.
Abang. terima kasih kerana menerima saya sebelum ini. dan terima kasih kerana kebaikan abang terhadap saya terlalu banyak. tidak pernah mengabaikan saya. sentiasa cukup nafkah zahir dan batin. Sentiasa mengembirakan saya dan anak2.
Tapi di sebabkan sikap kurang sabar, abang memukul saya tanpa belas kasihan di hadapan anak2. saya rasa takut dan serik untuk hidup bersama abang lagi. Tolong saya warga krt. apa yang harus saya buat untuk memulakan hidup baru dan membesarkan anak2.




