Assalamualaikum admin.. terlbih dulu saya minta hide kan diri saya. saya ingin meluahkn rasa kecewa. sedih tentang kehidupan dan jalan cerita yang saya lalui.. mugkin ada dugaan kalian yang lebih berat menanggug dari apa terjadi pada diri saya.. saya ceritakan ini untuk jadikan pengajaran kepada suami dan isteri..
saya seorang lelaki berumur 29 saya pernah berkhwin dengan seorang janda ketika itu dia ber usia 19 tahun.. dan saya masa tu berusia 26.. kami berkahwin atas kerelaan hati… jodoh kami tidak panjang. hanya bertahan 3 tahun.. lepas berpisah baru saya tahu selama ni saya ditipu..
Apa anda rasa jika isteri anda sebenar nya bekerja di pusat urut massage. dipremis2. apa anda rasa sebagai suami.. 3 tahun dia licik menipu saya akhirnya terbogkar. dan kami berpisah bukan sebab tu. sebab dia mempunyai ramai lelaki belakang saya. sedih bila saya sendiri tengok..
Allah maha berkuasa. tunjukkn segalanya apa yang dia tipu selama kami kawin. keputusan saya untuk melepaskn dia lebih tepat. ketika saya ditinggalkn hidup2.. semata2 dia ingnkn kekasih dia.. kemewahan dunia.. saya sedih bukan kerana berpisah.. saya sedih, kenapa dia cari rezeki dengan cara macam tu.
Boleh bayangkan.. urut badan lelaki lain dalam bilik.. lepas tu? Allah saja tahu apa saya rasa.. bila dapat tahu isteri saya.. kini saya dah lepaskn dia.. hati saya semakin tenang.. tidak menangug lagi dosa yang dia buat.. hanya Allah mmpu beri dia hidayah sekarang..
Jika dia tengah baca.. saya harap 1 hari nanti.. awak fikir dengan umur awak yang muda.. panjang masa untuk awak hidup. Allah akan balas apa yang pernah awak buat.. percayalah kehidupan hanya semantara. saya mampu melihat. awak tiggalkan saya semata2 laki lain. dan awak masih bekerja macam tu. Saya doakan awak bahagia.. awak jumpa apa yang awak inginkan.