Saya nak tanya pendapat. Jangan kecam. Saya baru lepaskan talak kpd isteri saya(now etak).Kami ada ank 4 bln. Dia ni janda ank 1(girl).Dlu dia ada hutang ah long. Masa sblm bercinta,saya yang tlg dia byr duit ah long sebab masa tu saya ada duit biz. Bila ajk kawen, dia agree. Tp lepas dah kahwin, saya godek2 phone dia, terjumpa kisah silam dia. Termasuklah dia check in hotel dengan budak jual Unit Trust pakai BMW. Saya terdiam dan kecewa. Ya lah. Baru kahwin dah tau.
Masa dalam hubungan pon, siap wish lagi ex husband dia heppy bezday. Siap berpapa sado, ber-mama vogue. Anak tiri semua saya yang tanggung. Kemudian, saya ada masalah berniaga. Hutang keliling pinggang, sebab kena tipu sana sini. Sementara saya dapat jual umah saya, saya pon terdesak, buat loan ngn ah long juga. Dia mula mula taktau. Smpilah anak kami, beranak, dia dapat tahu.
Dia ni dah bankrup. Saya yang tlg dia guna dapatkan bank akaun semula.
Tapi masa kat insolvensi, saya dan anak saya tak diletakkan sebagai suami dan anak. Dia hanya declare anak tiri saya sahaja. Lepas tu, dia da start kerja, gaji 8k. Dia mula ckp kasar. Ckp saya tipu duit org. Ada skali tu, saya terjumpa msg dia dgn budak Unit Trust tu, smpi kat FB pon, duduk like like. Saya pon selalu kena hide status FB dia.
Saya dgn family saya pon dah renggang sebab hal business saya yang banyak hutang. Bulan lepas, saya ada post kat FB tentang saya gaduh dengan kawan saya dan hanya 7 orang je boleh baca dia ingat saya citer pasal dia dia pon pergi post psl masalah hutang saya dan segala mcm ungkit. Yang sedihnya benda tu visible kat semua kawan2 and family dia. Saya terus pergi mahkamah ceraikan dia sebab saya dah tak tahan.
Tiga hari lepas gaduh sebab raya kami asing-asing. Saya nak amik anak saya.
Bila tgk anak saya, saya pon taktau la masa depan kami. Ya lah. Saya dgn hutang keliling pinggang. Kerja da banyak dah apply. Smua tak dapat. Raya tahun ni, semua makan rendang. Saya sorg duduk bilik sewa makan biskut. Nak jumpa famili segan. Sebab famili salahkan saya duduk kata saya fitnah bini saya.
Semalam, saya diberitahu, yang saya akan dapat kerja tapi based di Bangkok.
Saya nak bawa anak saya. Cumanya ntahlah, patutkah saya bawa atau korbankan perasaan dengan biarkan dia jaga anak saya? Dia pon sejak kerja, dah tak bagi susu badan. Hari hari suruh nursery jaga. At least kalau saya di Bangkok, saya jd top management. Semua akan diberikan. So soalan saya, patut tak saya bawa anak perempuan saya tu?




