Assalamualaikum wbt.. Saya tak dapat tidur kerana sakit hati mengenangkan sikap isteri saya.. Jadi, saya buat keputusan untuk meluahkan perasaan saya di page KRT ni untuk bertanya pendapat suami2 dan isteri2 yang berada dalam page ni.. Ceritanya begini, saya sudah berkahwin selama 5 tahun dan mempunyai seorang cahaya mata yang berusia 3 tahun.. Saya bekerja di dalam hutan di kawasan kem kayu balak sebagai mekanik.. Isteri pulak tinggal bersama orang tua saya di kampung saya.. Biasanya saya akan balik selepas 3-6 bulan berada di dalam hutan..
Nafkah untuk isteri memang cukup tiap2 bulan saya bagi masalahnya bila saya balik bercuti di kampung Isteri selalu menolak untuk berhubungan suami isteri tanpa sebarang keuzuran.. Biasanya, saya akan bercuti dalam 2-3 minggu dan biasanya jugak, saya dan isteri hanya berhubungan 2 atau 3 kali dalam 3 minggu itu (isteri tak uzur) .. Saya hampir setiap hari mengajak isteri untuk bersama tapi selalu ditolaknya tanpa alasan yang kukuh… Bila tinggal 2 atau 3 hari sebelum balik ke hutan masuk kem pun selalu tak dapat bersama dengan isteri.. Akhirnya, saya akan kembali ke hutan bekerja dengan perasaan sakit hati..
Masa mula2 kahwin ok jugak.. Masalahnya, selepas dapat anak ni la isteri mula buat perangai tidak mau bersama.. Sesungguhnya, hubungan suami isteri itu umpama nasi dalam kehidupan suami Isteri.. Jika kita makan lauk sahaja tanpa nasi tentulah tidak menyelerakan.. Begitu jugakla dalam hubungan suami isteri.. Saya pernah mendengar hadis nabi bahawa apabila kamu melihat wanita yang menaikkan nafsu kamu di luar, pulanglah segera ke rumah dan lepaskanlah nafsu kamu pada isteri yang sah.. Masalahnya, pada siapa ingin dilepaskan nafsu yang memberontak ini jika Isteri sendiri tidak mahu menerimanya.. Apakah pendapat suami2 dan isteri2 sekalian? wajarkah saya melepaskannya kerana alasan ini?