salam admin n warga KRT semua. cerita saya ni mungkin tak best sangat untuk di baca. saya pernah berkahwin, tapi perkahwinan kami tu banyak tipu muslihat dari pihak isteri saya (sekarang ni bekas isteri), dia tak pernah ceritakan yang beliau pernah kawin, ada sorang anak perempuan. sebelum kawin, saya hanya di beritahu budak tu hanya anak yang di jaga oleh nya sahaja. saya percaya, sebab budak tu tggl dengan emak/nenek nya. bila dah kawin, baru tahu cerita sebenar. saya memang sakit hati sangat2 sebab di tipu macam tu sekali. sebab marah dan sakit hati, kami berpisah di mahkamah.
Bukan kisah ex isteri saya yang ingin saya kongsikan. kisah saya dengan dia, saya kenal pula dengan sorang ni perwatakkan nya baik keluarga beragama dan di kalangan orang ada2 la juga saya terjatuh cinta la ada dia kami kenal dan keluar bersama dua kali, saya minta nak jumpa famly dia. Ok selesai bab jumpa family semua, saya terjumpa satu pic dia dengan pakai sksi yang dia hantar ke seseorang yang saya tak kenal. bila saya tanya dan soal dia, dia mengaku tu pic lama dia. dia hantar pada ex dia dulu. saya tak kisah sangat la, sebab pic tu dia masih pakai pakaian walaupun agak sksi. bila saya tny perihal kehidupan dia sebelum ni, dia ngaku pernah terlanjur dengan ex dia tiga kali. saya macam tak boleh terima pada awal nya tapi sebab kan sayang punya pasal saya buang ego saya, terima dia dengan ikhlas hati.
Dalam masa saya terima dia tu, rupa nya dia tipu saya. bukan dengan sorang yang dia pernah terlanjur. tiga orang yang di ceritakan pada saya, ex dia yang kedua. ex dia yang pertama ,dah siap tinggal serumah bagai. macam suami isteri. setahun lebih tinggal bersama sebelum dorang putus. dengan yang ketiga pula, dah beberapa kali bersama. yang ketiga hanya skandal dia ja, lelaki tu ada anak dan isteri. bila dah kenal dengan saya, dia putuskan hubungan dengan ex kedua dan skandal dia. dalam masa yang sama, skandal dia ni selalu mesej dia. Pernah check in di hotel sekali.
Sekarang ni dia bagi tahu saya, dia dah tak buat benda2 tu semua lagi. dengan saya, saya tak pernah sentuh pun dia selama kenal. baru2 ni, atas urusan kerja, dia terjumpa balik dengan skandal dia. saya dapat tahu pun, melalui pic yang di kongsikan di fb dia. memang pic tu ramai2, mungkih kah berulang kembali kisah check in dorang tu? sekarang ni, saya teramat la buntu, hendak menerima dia atau pun tinggalkan dia dengan kehidupan dia itu.
Saya memang sayangkan dia, tapi kisah silam nya itu membuatkan saya macam tak boleh terima dia. saya cuba betulkan keadaan nya, cuba buat yang terbaik. Saya takut jikalau saya berkawin dengan dia, saya gagal. dia terus hanyut dengan dunia sebelum kami kenal. harap pak2 dan mak2 bawang jangan kecam saya atau pun dia, bagi komen yang berguna untuk kami.




