assalam.. hai min.. macam biasa tolong hide kan name aku. aku kenal kan diri name aku nur. Aku dah bercerai hampir 2 tahun dan ku ramai kenalan lelaki baik Bujang duda dan suami orang semua aku pernah bersama min bole dikira lebih 10 orang. sampai satu tahap aku rasa diri aku bukan diri aku yang sebenar. life aku tak same macam dulu. aku lebih kepada enjoy. lepas cerai dulu aku down giler2 tak ade sape yang suport aku.
Aku keluar sane keluar sini dengan semua lelaki. aku tak ingat ape dah yang aku ingat aku nak happy. tapi aku tau cara aku salah. aku nak bertaubat tapi kadang2 leka sendiri.. aku nak bertaubat tapi hati aku tak tetap. Aah nak tunjuk kan allah bagi kifarah dekat aku.. aku kema1angan.. dua2 belah kaki aku patah.. dalam masa yang same orang yang tolong aku masa aku kema1angan tu adalah kawan lame aku yang dah 18 tahun aku lost contact. aku pernah bercinta dengan dia dulu.
Aku kenal kan dia ni sebagai mr E ok. aku bercinta dengan mr E masa aku lepas habis spm. sekarang ni mr E yang banyak tolong aku jaga aku masa aku dekat hospital. family aku semua ada komitment masing2 dorang just melawat aku je.. mr E yang jaga aku dekat hospital semua sampai semua ingat aku dengan mr E suami istri. mr E memang baik. dia jaga aku macam permaisuri. mr E ada cakap dengan aku yang dia nak jalinkan balik hubungan dulu yang dah terputus mula2 aku ok dan aku setuju tapi lama2 aku macam nak jauhkn diri daripada dia.
rupa nya dia masih ada isteri. sebelim tu dia cakap dia dah single balik. aku ni keliru sekarang.. Aku tak nak teruskan hubungan ni sebab aku memang tak nak tak kan kacau hak orang. aku buntu sangat2 dalam keadaan aku macam ni. dan dia selalu pula ada kat sisi aku.. aku tengah sakit ni.. dia selalu ada.. tolong warga krt macam mane nak elakkn diri daripada mr E ni..




