aku sorang wanita suri rumah aku cuma nak story pasal life aku je, taknak mintak simpati or what tapi ini lah life aku dari kecik sampai berumah tangga. tahu tak aku dari kecik sampai besar takpenah rase kasih sayang sorang ayah, sebab ayah aku ni penagih dadah dari kecik sampai aku umur 25 tahun dia asik keluar masuk rumah no 2 tu. aku tak penah rase kasih sayang dia, mak aku bela adik beradik aku dari kecik sampai besar tabah kan mak aku. fmly aku selalu dipandang serong yelahhh hidup miskin siapa je nak pandang kami 1 family ni tapi kami tak mintak 1 sen pun dari orang lain syukur dengan nikmat ape yang allah bagi sepanjang hidup umur 25 tahun.
aku masuk umur 25 tahun aku kahwin, aku fikir aku bole keluar dari masalh keluarga aku, yelahh jumpa sorang laki yang maybe aku bole rase kasih sayng sorang lelaki tapi sangkaan aku salah, bahgia tu cuma sekejap je. tak tahu lahh kenapa life aku dari kecik penuh dengan kesedihan. dahlah tak penah rase kasih sayang sorang ayah but now dah kahwin ingat dapat lahh belain kasih sayang dari suami tapi tulahhh baru 2 tahun kahwin dah takde rase bahagia, suami aku jenis yang kuat maki hamun tinggi suara and tak pernah lahh cakap terima kasih bile aku buat semua keje dari A to Z masak ke ape ke tak pernah rase dihargai. aku suri rumah faham jelahh ape yang patut suri rumah buat, masak kemas rumah cuci baju ehh orang kata suami aku ni masuk rumah lap kaki je tak buat ape2 pun, salah ke kalau ucap terima kasih kat aku mungkin bole hilang sikit kepenatan aku kat rumah. aku pengasuh cari rezeki dari ngasuh sebab aku belum dapat rezeki anak dari allah dan hari hari aku berdoa mintak diberikan rezeki zuriat 1 hari nanti amen.
yes aku cuba jadi sorang perempuan yang sangat bahagia dimata manusia dan dalam kehidupan masa sekarang tapi dalam hati kan siapa je tahu, nangis dalam hati jerit meraung semua dalam senyap. aku sorang perempuan tak perfect mana pun tp aku perlukan belain kasih sayang sorang lelaki. ayah aku pun tak penah nak amik tahu hal hidup aku selama aku dari kecik sampai dah kahwin tak pernah tanye ape masalah aku. serius part paling sedih bile aku tengok anak2 orng lain up gambar pasal ayah dierang, story pasal kebaikan ayah dierang, story pasal keakrapan dgn ayah dierang best kann ade ayah yang lindung anak perempuannya. aku selalu harap yang 1 hari nanti ayah aku ade bile aku perlukan.
part suami aku pulak, sekarang aku tak rase yang suami aku perlukan aku dalam hidup dia, kerap hamun aku jangan aku buat salah sikit cnfirm dia naik hantu then maki aku “anjing b*bi s*al” tu mesti ade.
Aku kerap kena maki lempang tumbuk sepak terajang pun penah tingi suara tu jangan ckp lahh maki hamun tu hari2 entahh lahh aku rase macam duduk dalam dunia yang sangat beza tak tahu kenapa allah duga aku sampai tahap ni. sakit sangat jiwa ni, kadang aku murung tapi aku takut murung aku tu sampai tahap mental. aku sampai tahap nak bercerai tapi aku fikir, aku baru bina rumah tangga 2 tahun dah hidup aku macam ni, salah ke aku nk rase kasih sayang sorang suami? salah ke? kalau aku bercerai mesti bapak aku halau aku, yee ayah aku bukan mcm ayah orang lain kalau anak dia ade masalah dia akan nasihat or lindungi anak dia, tapi ayah aku tak dia akan sakit kan hati aku lagi dan lagi. mungkin dia akan nampak semua kesalahan ni datang dari aku sendiri.
aku dah tak tahan dengan sikap suami aku, maki hamun aku takpe lagi ni hamun family aku juga, cakap fmly aku menyusahkan, family aku miskin. nak tahu sebab ape suami aku ckp menyusahkan yelahh dah aku sorang je ade kereta dalam fmly aku, so ape2 bantuan kecemasan mak aku akan kol aku mintak tolong sbb aku anak sulung dalam keluarga aku. mak aku layan suami aku dengan baik tapi dia layan mak aku hmm siapa bole tahan kalau dengar. suami aku selalu lebihkan family dia dari aku, yee aku faham mak tu syurga dia tapi aku isteri dia, nafkah isteri tu no 1. aku tak cemburu bile dia nak bagi duit pade mak mertua sekalipun tapi aku isteri dia tangungjwab dia dalam 2 bulan ni tak terlaksana, barang dapur pun xbeli, bile sebut pasal makan dia ungkit macam2 padahal memang dah takde barang dapur, aku gadai kan cincin kahwin aku untuk beli barang dapur alhamdulilah bulan ni dapat lahh aku belanja duit dapur sikit dia tak tanye dari mana datangnya duit tu pun.
Gaji dia dekat 2500 tapi mesti tak cukup hmmm entahlahhh selama 2 tahun kahwin 2 3 kali je bagi aku duit. Aku tak mintak pun dia bagi duit pade aku tapi harap dia hargai aku sebagai isteri dia, aku cuma perlukan kasih sayang dia, now dia kerap balik lewat malam aku takde teman nak borak, gelak ketawa semua takde, bile dia balik pun bukan hadap aku kerap main fon game je, takpelahh aku cuma redha atas dugaan ni, cuma aku takde tempat nak mengadu masalah aku, aku cuma nak kongsi dalam ni sebab takde siapa yang tahu siapa aku. sekian.
hati sorang wanita yang terluka.