Salam Admin. Tolong hide profile sebab saya tumpang fb member saya. Saya telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Berkerjaya yang bagus. Saya minta maaf terlebih dahulu sebab bukan niat nak berlebih tapi sentiasa menjaga badan, keterampilan bergaya dan seorang yang ada rupa. Dari anak dara hingga sudah berkahwin, masih lagi ada lelaki-lelaki yang cuba mengganggu saya dan menggoda saya.
Namun alhamdulillah, saya tak pernah layan dan sentiasa menjaga diri ini, sebagai seorang wanita isteri dan ibu serta kasihnya saya kepada suami. Saya dan suami sangat bahagia langsung tiada apa2 masalah sama ada layanan zahir dan batn dan saya pun rasa disayangi sebab masak makan minum dan hal beliau saya sangat jaga walaupun berkerjaya. Kiranya kalau orang luar tengok memang serba bahagialah kami.
Cuma akhir-akhir ini saya dapati suami ada perbezaan sedikit dari segi sikap dan suka marah pada saya. Tapi saya sentiasa mengalah sebab saya fikir suami naik pangkat jadi kerjanya bertambah dan stress. Cuma yang buat saya betul-betul nak gugur jantung baru-baru ini apabila ada staf opis beliau hubungi saya menceritakan tentang hubungan suami dengan kerani di tempat kerja.
Kerani tersebut isteri orang dan juga bergaya. Pada mulanya saya cuba nafikan tetapi setelah siasat sendiri sehabisnya saya dapati maklumat tersebut sangat benar dan pengadu sangat simpati kepada saya. Memang selalu dating sama dan whatsapp pun dgn perempuan tersebut agak melampau. Perempuan ini siap masakkan dan hantar makanan tersebut kpd suami. Memang drpd bukti2 jelas perempuan ni berusaha sehabisnya untuk menggoda beliau dan suami gagal menghalang.
Paling sedih bila beberapa kali isu ini saya utarakan dengan sangat baik, suami boleh jadi naik angin. Sekejap kata tiada apa2, sekejap mengaku memang ada apa2. Admin dan kawan2, mungkin bagi sesetengah orang ini dugaan kecil tapi sesungguhnya saya tidak kuat. Dalam masa sama saya sangat2 syangkan suami. Cuma yang buat saya sangat2 terkilan, dia dah dapat saya yang tak kurang di mata orang lain. Masih lagi tergamak buat saya macam ni.
Adakah suami kalau dapat isteri ratu cantik serba sempurna juga tetap tak boleh jaga hati seorang isteri dan menjaga setia. Admin.. tolonglah saya… saya sangat sedih dan betul2 tak sangka hilang fokus kerja saya min. Apa yang perlu saya buat. Kawan baik nasihatkan saya cari penawar bimbang perempuan tu letak benda tak elok dalam makanan suami. Tapi saya sbnrnya kurang percaya benda2 macamni.
Saya dah bincang secara baik supaya suami tidak melayan lagi perempuan ni tapi setiap kali cakap tentang ini boleh jadi gaduh besar. Sangat kecewa kesetiaan saya dibalas macam ni hingga mengganggu kerukunan rumahtangga saya. Tolonglah bantu apa saya perlu buat.




