assalamualaikum admin. tolong hide profile saya. 3 tahun lepas, saya baru bergelar suami isteri, maknanya kat sini saya sudah 3 tahun berkahwin, saya seorang suami yang berdaddykasi, sentiasa prihatin dengan isteri, kami masih belum mempunyai anak, kecuali anak kucing ada lah 3 ekor.
isteri saya seorang surirumah yang berwibawa, sentiasa sediakan makan minum, jarang sekali kami makan diluar, pakaian sentiasa berjaga, rumah sentiasa bersih, saya bangga dengan isteri saya, persis macam mak saya. Saya bekerja sebagai salesman sebulan sekali saya sentiasa bagi isteri saya 900 ringgit hanya untuk diri dia baca betul2 ye hanya untuk diri dia.
Maknanya kat sini, keperluan dapur, segala bil, kereta dia kereta saya, dan keperluan lain, keperluan kucing, pakai duit saya. kisahnya bermula di sini, isteri saya cantik min, lepas kami berkahwin, dia bertambah cantik, bertambah gebu, apatah lagi saya bagi 900 sebulan untuk menghias diri dia, makin meletop kebabom, sehingga saya bernfsu hampir setiap hari, saya tk tahan min.
Sehingga lah pada suatu hari, isteri saya meminta izin, kurangkan belanja untuk diri dia, katanya, dia dh tak nak berhias sangat, cukup lah natural, tapi saya tak nafikan, dia natural pun gojes, dia meminta izin untuk mengimamkan dia, jujur selama kami kawin, jarang sekali solat, ya Allah, dia minta untuk sama2 mengaji setiap malam, paling kurang pun 3 kali seminggu, saya terkesan min, saya terlampau duniawi.
Saya mengakui, dia lah isteri yang terbaik di dunia. saya sedih, sebak, terharu bila dia meminta saya dan dia untuk dekatkan diri dengan Maha Pencipta, persoalannya, adakah ini tanda2 bahawa dia akan pergi untuk mening galkan saya selamanya? nauzubillahiminzalik..




