Assalamualaikum min dan warga krt.. sebelum tu saya nak mimta tolong min untuk hide fb ni sebab saya pinjam fb sepupu saya..saya cuma nak kongsi kisah kehidupan saya. Mungkin ia boleh menyelamatkan beberapa buah rumahtangga yang mungkin semakin layu suram dan semakin pudar. Cerita ni kisah aku dan wife, maaf Ex Wife aku. Aku ade seorang anak, Aku kerja dari pagi sampai malam kadang2 sampai tengah malam.
Silap aku, aku rasa bila aku dah keluar kerja cari rezeki untuk anak bini aku, Aku rasa aku dah cukup adil dan tanggungjawab. masih tergiang ngiang ditelinga aku kata2 terakhir ex wife aku sebelum kami sah bercerai setelah hampir 4 tahun kami bina rumahtangga. Malam tu kami bertengkar teruk, Biase kami pun bertengkar jugak tapi biasa hanya berdebat dan dua tiga hari akan berbaik balik, tapi malam tu dia betul² paksa aku untuk lepaskan dia.
Aku terkejut dan hari demi hari aku muhasabah mana silap salah aku selama ini. Kata2 yang dia ungkap kali terakhir tu mungkin yang selama ini dia pendamkan sorang2 dan mampu luahkan. katanya
dalam rumahtangga ni kalau awk atau lelaki mana sekalipun tak mampu nak selami jiwa seorang wanita iaitu isteri. AWAK AKAN HILANG BENDA NI SATU PERSATU HARI DEMI HARI.
1 Awak akan hilang keceriaannya, Awk hanya akn dapat tangisan darinya bila dia sendiri.
2 perhatian, Masa awak hilang ni awak masih boleh perbetulkan rumah tangga awak tapi tak semua suami mampu ubah dan selamatkan isteri mereka kerana ramai yang hanya melihat perkara ni benda kecik yg boleh dibuat main dan dibiarkan.
3 kasih sayang. bila dah sampai tahap ni awk menyesal pun dah tak guna sebab hati isteri dah kosong.
Dulu awak petik sekuntum bunga yang mekar, bila bunga ni dah hasilkan bunga yang lain iaitu anak, awak hanya habiskan masa untuk menjaga rapi bunga yang baru itu tanpa awak sedar bunga yang mekar dulu semakin hari semakin layu dan maa ti.. dan begitu la dia sekarang ni.
Tersentak aku masa tu, aku ego aku masih nak berdebat cakap aku bukan goyang kaki aku keluar pergi kerje untuk bahgiakan anak bini juga bukan orang lain.
Tapi dia ckp dalam penat dia uruskan hal rumahtangga jaga perut aku perut ank ak pakaian semua tapi dia tetap boleh luangkan masa ngan aku tanpa tunjuk kepenatan dia yg kdg² masa hanya habis dengan kat dapur dan urus ank je, aku balik hidang makan kat aku layan aku. Tapi aku balik keje taksampai sejam dah hangin ngan kerenah anak nak membuas, isteri aku 24jam smggu sbulan sthun duk jaga anak pernah tak aku fikir macammane dia nak handle sambil urus segala hal rumah.
Tapi malam tu dah terlambat sebab dia dah sampai tahap ketiga dan siap merayu untuk aku lepaskan dia sebab dia dah tak mampu jadi isteri tapi hari2 derhaka habiskan airmata kerana suami. Dan sekarang dah hampir 5 bulan aku bercerai.
Sekarang aku sedar apa yg membuatkan isteri aku jadi macam tu. Tiap kali aku balik kerja mesti aku cari anak aku, aku belai anak aku, aku main bergurau dengan anak aku.
Kadang2 sebab anak pun aku boleh marah isteri aku contoh anak aku mengamuk nak main gelas tapi isteri tak bagi sebab penat dah byk kali kemas hari ni tapi aku marah cakap baik bagi lah dari anak nangis memekak je.. aku ni cepat panas sikit tapi aku tak pernah naik tangan kat bini aku. Aku khilaf sebab aku lupa isteri aku perlukan perhatian jugak, perlukan kasih sayang, perlukan sahabat setia untk dengar setiap cerita dihati.
Bini aku jarang sangat mnbebel sebab dia tahu kalau membebel tak ade gune nanti jadi gaduh sebab dua2 tak nak mengalah. betul cakap isteri aku, perkara terbesar yang aku buat salah Aku lupa siram bunga yg aku petik dulu dan makin hari makin maa ti sebab aku tak pernah ambik berat tentang perkara macam ni. pernah satu malam aku tengok dia meraung menangis sorang dalam bilik tapi aku pergi marah bukan pujuk bdohnya aku ni.
Aku cakap dia pelik macam² la ape la. masa tu la aku rasa yang dia dah semakin hilang benda nombor satu yang dia cakap Keceriaan. bila difikirkan balik aku ni pergi kerja balik kerja isteri siapkan makanan, balik rumah main dengan anak kejap pastu tidur Esok dan lusa macam tu la jugak. aku Salah sebab bila dah keluar cari rezeki aku rasa macam dah cukup jalankan tanggung jawab sebagai suami dan bapa.
Begitu mudahnya tanggung jawab tu kan, kalau macam tu kawin 10 pun aku mampu. Hal anak Hal rumah semua aku lepaskan kat isteri aku tapi bila cakap hal penat, Aku yang sangat penat padahal isteri buat 100 perkara lebih pada suami buat. Tu aku tak cerite pasal nafkah btin lagi, Sebulan sekali pun belum tentu sekarang, Bila isteri aku goda aku, aku tepis sebab penat kerja. Aku langsung tak fikir perasaan dia masa tuh. kalau ade bersama pun cukup aku puaskan nfsu aku je seminit pastu aku biarkan je nfsu dia tergantung tapi Dia tak pernah merungut.
kenapa aku kejam masa tu, aku kejam. sekarang Allah dah bagi balasan pada aku. Merasa la aku.
kepada para suami tolonglah jangan biarkan isteri anda hilang 3 perkara ni, JANGAN ANGGAP BENDA NI PERKARA KECIK sebab bila dah jadi macam aku menyesal pun takguna. Anak pun tak nak dengan aku sebab asyik duk dengan mak dia je 24 jam. budak pun reti bahase dengan keadaan sekeliling siapa yang banyak bekorban untuk dia.




