Assalammualaikum Admin, Mohon Hide Profile saya. Terima Kasih Admin. Luahan ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan nasihat kawan2 KRT. Mohon dapat memberi tunjuk ajar/respon/komen yang positif. Terima Kasih kawan2 KRT.
Saya sudah berkahwin almost 3 tahun lebih. Saya berkahwin dengan Seorang Janda dan mempunyai 2 orang anak.
Pada mulanya, Family saya (Mak & Adik Beradik) tak bersetuju dengan perkahwinan ini, namun atas nasihat saudara-mara akhirnya mereka setuju. Alhamdulillah Majlis Perkahwinan berjalan dengan lancar dan segala urusan dipermudahkan.
Namun, hanya selepas beberapa bulan perkahwinan kami, masalah mula terjadi. Bukan terjadi antara saya dan isteri, tapi dari Ibu saya sendiri. Ibu saya sering kali akan bergaduh dengan saya dan isteri atas sebab; dengar cerita dari mulut orang luar; saya abaikan Ibu saya; saya dah berubah lepas berkahwin; dan macam2 alasan lagi lah. Memandangkan masalah ini hanya berlaku di antara Saya, Isteri dan Ibu, saya masih boleh manage masalah2 yang timbul. Dan masalah yang timbul pon saya rasa atas sebab mulut orang.
Sampailah 1 hari, Ibu saya memalukan isteri saya depan orang ramai, Dia memaki hamun isteri saya dia panggil isteri saya macam2. Bukan setakat itu, makcik2 yang ada dekat sana pon, start memaki hamum dan marah isteri saya tanpa sebab yg munasabah.Saya backup isteri saya, sebab itu tanggungjawakb saya. Saya lawan balik dengan mereka2 ni semua. Saya berlawan bukan dengan memukul, tapi dengan berkata-kata sahaja. Mereka ni semua tak ade hak untuk memaki/marah isteri saya suka2, sedangkan isteri saya tak buat apa2 yang salah. Sedangkan saya ni suami dia pon, tak pernah nak memaki/marah isteri saya, kenapa mereka2 ni perlu buat macam tu?
Sejak dari kejadian itu lah, saya buat decision untuk jauhkan diri dari orang2 ini. Saya tak join lagi kenduri/program saudara2 ni. Memang langsung saya jauhkan diri saya dan isteri dari orang2 ni. Saya jugak tak communicate dengan Ibu saya. Saya block WhatsApp, FB dan semua sosia media. Sebab apa saya buat macam tu? Sebab Ibu saya asyik hantar mesej memaki hamun saya dan isteri. Daripada saya nak lawan balik/marah ibu saya baik saya block. Even after dah block pon, ibu saya masih bercakap buruk tentang kami kepada saudara mara, membusukkan nama kita dan macam2. Ini bukan fitnah, tapi benda betul.
Almost 1 tahun saya tak communicate dan jumpa dengan Ibu saya. Tapi, saya masih buat tanggungjawab sebagai seorang anak. Tiap bulan saya bagi duit dekat Ibu, saya tolong belikan barang dapur online, kalau ada masalah duit saya akan hulurkan. Dan sejak dari kes tu, adik2 saya yang lain pon tak communicate saya dengan isteri. Mereka menganggap saya dan isteri hanyalah orang asing bagi mereka. Hanya 1 adik je akan bagi update kat saya pasal keadaan Ibu.
Semua benda yang saya buat hanyalah untuk protect isteri saya. Saya xsanggup tengok dia dihina macam tu. Saya hanya buat tanggungjawab saya sebagai seorang suami. Saya xnk isteri saya trauma atau tension if dia jumpa balik orang2 mcm ni, termasuk Ibu saya.Sebab tu, saya jauhkan diri saya dan protect isteri.
Saya nak mintak pandangan kawan2 KRT;
1) adakah apa yang saya buat ni betul? iaitu tak communicate/jumpa dengan Ibu saya sebab tak nak benda buruk jadi lagi.
2) saya sedar, syurga suami di bawah tapak kaki ibu, tapi redha Allah untuk suami datang dari kasih sayang kepada isteri. Apakah patut saya melebihi isteri saya dari Ibu saya dan orang2 ni?
3) Apa saya perlu buat dekat ibu saya yang tengah marah sangat dengan kami?
Mohon nasihat. Terima Kasih.
Assalammualaikum.




