Asalamualaikum admin, tolong hide kan profil kawan aku ni. Aku pernah bercerai sebab suamiku di sondol oleh betine murahan. Anak 3 orang aku yang jaga, aky manjanda selama 10 tahun. Kau banyangkan min. Bekas suami tak bagi nafkah anak2. Semua aku yang urus. Dari makan minum, tempat tinggal sampai lah anak aku berjaya. Tiga2 anak aku ada ijazah semua tu hasil kerja keras aku. Aku buat bermacam2 kerja. Ya Allah derita nya. Aku kerja tanam sayur, tangkap ikan, tanam buah, jual kuih muih. Semua kerja aku buat demi menyara anak2..
Ex suami aku dulu miskin, kami sama2 bisnes. Bila bisnes dah naik suami aku mula kenal anak dare. Dia abaikan kami, pukul aku, hina aku, dia cakap aku busuk, bau belacan, gemuk macam bab* aset longgar. Macam2 dia hina aku Allahuakbar. Bila dia ceraikan. Aku merayu2. Aku sayangkan dia. Tapi dia pijak muka ku sampai hidungku berdara*. Mil ku pula bomoh kan aku supaya sering sakit. Mil cakap selagi aku sama anak dia. Hidupuku akan susah. Ya allah kejam nya kau wahai manausia..
Sekarang anakku dah berjaya. Aku tak perlukan banyak duit. Hasil2 yang ku kumpul semua untukku. Umurku lewat 30an. Bisnes maki maju. Aku dah mula bergaya, aku jaga pemakanan, aku jaga penampilan dan pakaian semua. Aku rasa aku dah bebas, dulu terikat sebab anak2 dan sekarang tidak lagi. Ramai yang kata aku dah cantik kalah anak dare. Bila terjumpa bekas suami dan bekas mil. Mereka ingin menyapa ku dan aku tidak mempedulikan mereka. Dan aku tak hingin nak bersama mereka..
Namun sekarang aku kenal dengan seorang lelaki bernama Ali pertama Ali ni mengaku duda. Namun bila ku siasat. Rupanya Ali ini suami orang.. namun aku dah terlanjur sayang. Aku dah cuba lupakan dia, namun aku tak dapat, sebab aku bila dah jatuh sayang. Aku tak mudah nak lepaskan. Ali ni cakap dia dan isterinya dalam proses cerai tapi dah enam bulan aku tunggu Ali dan isterinya tak bercerai dan dalam satu masa aku mengandung anak Ali. Ali suruh aku gugurkan tapi aku tak mahu. Aku akan pertahankan anak ini demi bukti cinta aku pada Ali..
Sekarang Ali ajak aku nikah di thai. Aku cakap pada Ali. Kenapa tak nikah sini saja. Lagipun dia dan isterinya nak bercerai? Ali cakap isterinya tengah hamil pula ya Allah ujian apakah ini. Aku suruh Ali pilih aku atau isteri dia. Ali cakap dia nak dua2. Ok aku setuju khawin di thai. Selepas berkahwin. Ali tak adil. Dia lebihkan isteri dia. 5 hari di rumah isterinya dan tempat aku kdg2 1 atau 2 hari saja.. aku cakap kat Ali. Aku nak rumah dan kereta yang dibeli olehnya sebab aku punya akan ku beri pada anakku. Tapi sampai sekarang ali tak berikan aku kediaman idaman aku..
Pernah sekali aku stalk fb isterinya Isterinya selalu post gambar2 makan sini sana beli emas besar paling aku tak suka bila isteri ali post gambar peluk2. Sedangkan aku? Ali melarang aku post apa2 di media social. Aku sedih dan sakit hati. Kalau nak dibandingkan aku lagi lawa dari isteri Ali. Sampai satu saat aku pergi bom0h. Aku tau aku salah. Aku beri Ali makan sesuatu yang diberi bom0h. Tapi Ali masih utamakan isteri dia. Rupanya2 B0moh isteri pertama Ali lebih kuat..
Yang jadi masalah. Aku dah tak tahan hidup macam ni. Ada suami tapi macam tak ada suami. Aku tak akan bercerai untuk kali kedua. Lagipun aku betul2 sayang ali. Dan aku berhajat nak jumpa isteri ali. Aku nak terus terang kalau aku isteri sah Ali. Bila aku jumpa isteri Ali. Istrti Ali memaki aku. Dia menghalau aku dan katanya aku perempuan tua tak sedar diri. Allahuakbar. Saat aku diperlukukan sehina itu. Ali hanya melihat tanpa membantu aku. Memang Ali dalah khayal hahis bom0h isterinya. Ali lupa kalau aku hamil kan anknya. Tolong aku ya Allah. Sampai bila aku hanya hidup menderita?