Salam admin. Mcm biasa, fake acc kan. Tak paham la suami ni nak apa sebenarnya. Saya sunyi sangat, rasa macam tak bersuami sebab bila mesej sweet2 dia tak respons apa pun. Dah la tak romantik, caring pun tak. Saya pregnant dulu, ada alahan teruk, duduk sorang kat rumah. Dia pergi kerja bukan nak tanya bini okay ke tak, tapi mesej sweet2 perempuan lain boleh pulak. Memang berasap la saya bila dpt tau. Pastu konon berubah tak mesej perempuan lain dah, tapi mesej bini taknak reply. Geram je. Padahal saya ni jaga je penampilan luar dalam, malam2 nak tido pun wangi. Bukan macam dia, bau asap rokok, tapi takde pulak saya dingin dengan dia.
Lagi satu pasal social media. Saya ada ig, Dia pun ada tapi tak pernah nak up gambar saya dan anak tapi gambar anak dengan ex wife je dia post terasa gile tau. Pastu nak like gambar saya atau anak kitaorang pun tak pernah tau, tapi dia boleh like gambar perempuan lain yang kadang2 pakaian tak cukup kain terdedah sana sini. Stalk ex gf dia. Bini mana yang tak jealous? Bila bincang pasal ni, dia cakap saya cemburu buta. Gile ka apa, ingat bini dia batu ke takde perasaan. Sedih la dapat suami macam ni.
Sekarang saya rasa tawar hati sangat dengan dia. Rasa geram je bila tengok muka dia. Kalau dia boleh buat macam tu kat bini dia, saya pun nak buat macam tu, biar dia rasa apa yang saya rasa. Dia suka sangat kan tengok perempuan lain s£ksi2 kat luar, tapi bini s£ksi2 kat dalam rumah taknak layan. Takpe, biar saya pulak bagi lelaki lain cuci mata tengok bini dia yang tak dihargai ni. Haishhh geram betul !! Pastu saya nak cari kawan lelaki untuk borak2 time saya bosan, biar dia tau sape suruh tak layan bini.
Sape kat sini yang suka menyembang tu, meh la kita sembang dua. Biar dia jadi cemburu buta pulak puihh. Dah la nafkah zahir ke laut, nafkah battin tau pulak minta kat bini. Mentang2 saya kerja so dia tak nak bagi nafkah. kalau bagi pun rm100 je. tu la duit nafkah saya, untuk beli barang dapur, barang anak. bayar ngasuh anak pun saya. ntah la, mmg rasa nk cari suami baru je, meluat sangat dengan perangai dia mcm ni.




