Assalamualaikum. Saya dah buntu sangat. dah hampir tak boleh menahan nafsu saya lagi. isteri masih lagi dengan pendirian nak berpantang setahun. dah 10 bulan saya berpuasa.. baru2 ni. Saya bergaduh lagi dengan isteri. saya minta tolong dia ambilkan air disebabkan saya tengah makan waktu tu. dia membentak pergi kedapur dengan muka yang tak ada lansung keikhlasan. membebel2 seolah apa yang saya mintak tolong pada dia. satu perkara yang amat membebankan pada dia. disbbkan saya terasa saya nampak dia tengah tuangkan air saya ambil cawan dan isi air sendiri bila isteri nampak saya buat macam tu dia terus lemparkan cawan ke dalam sinki.
Ini bukan kali pertama dia buat perangai macam tu. sebdlum ni banyak kali dia buat perangai. ada sebelum ini. waktu kami keluar. berselisih faham. sampai je rumah. dia terus campakkan handbag dekat luar rumah. Saya betul2 hilang sabar waktu tu. dan menampar isteri saya.. saya tau akan ada yang kata saya dayus pukul isteri tapi kalau tuan/puan berada ditempat saya adakah tuan/puan boleh bersabar? Setiap hari..bila bercakap ditengking2 nya saya…atas sbb perkara yang kecil..contoh cawan minuman yang bru tak sampai 10 minit saya tinggalkan tak dibawa ke dapur, baju anak, barang mandian yang saya ambil untuk siapkan anak yang berusia 10 bulan tak letak susun balik bakul.
Pernah sekali kami bergaduh isteri saya nak buka pintu keluar dari kereta waktu kereta tengah bergerak saya hanya diam dan etiap kali saya bersabar. hinggalah saat itu. untuk pengetahuan. isteri saya tidak berkerja. soal mencari nafkah. bagi saya. Biarlah pada tangan saya. saya cuma nak dia berehat dirumah ,fokus pada anak. soal saya. saya boleh buat sendiri. hal berkaitan dengan diri saya. contoh baju kerja saya ironkan sendri.. saya tak faham. saya tak pernah culas dalam memberi nafkah.. password accounts bank saya pun saya beri. makan tak pernah tak cukup kadang2 saya termenung sorang diri. apa salah saya. apa dosa saya. kenapa nasib saya begini. Setiap kali berbalah..l saya akan terpikirkan nasib anak.. kalau jd apa2 pada hubungan kami.. tapi. Sampai bila saya dapat bertahan. apa gunanya ada yang halal apabila dihar*mkan.




