Mekasih admin sebab post masalah saye.
Aku cume mintak pandangan Sokongan…
Bukan kecaman! Aku ni ada masalah stress dan tekanan perasaan melampau pada anak no 3 aku. Aku jadi benci sangat dekat die. Dari awal kelahiran lagi aku tak suke. Aku pernah cube nak bunuh die mase aku dalam pantang. Tapi nasib baik je makcik aku tau masalah aku. Dan die amik anak tu bele sampai sekarang. Ade terkadang perasaan aku baik, aku nak sangat tengok die. Dan suami pun amik die bawak blik rumah, tapi tak boleh lama. Bile tekanan tu sampai aku bekurung dalam toilet.
Mase tu suami cepat2 amik anak tu hanta balik ke makcik. Dulu aku kerap begaduh dengan suami sebab anak no 3 aku ni. Sampai kuarga dia buang aku. Tak nak terime aku sebagai menantu. Dulu suami tak faham apa tu tekanan perasaan. Aku selalu begaduh dengan suami, kene tengking, kena maki, macam2 la.. Pernah sampai tahap aku telan pil tido begelen2 aku koma di wad 3 minggu dan aku pernah nak gantung diri di ruang tamu mase suami dengan dua anak tido.. tapi sempat suami tarik aku.. Aku jadi macam tu sebab aku terlalu fikir anak no 3 aku tu sampai aku tekanan… Suami sampai sekarang pujuk2 aku untuk bela budak tu. Orang sekeliling kutuk aku, hine aku, kate aku tak besyukur. Penting diri sendiri.
Aku fikir satu je!! Biarlah orang nak kutuk maki hamun aku begelen2 pun.. Sebeb orang tak duduk tempat aku. Orang tak rasa apa aku rasa.
Sekarang dorang kutuk aku sebab budak tu. Kalau aku dengar cakap dorang, amik bela budak tu dengan bukan kerelaan hati sendiri. Akur ase lagi orang kutuk aku. Maki aku, Aku tak boleh terime tekanan. Keadaan rumah kene sentiase tenteram. Alhamdulillah anak2 faham. Terkadang aku terlepas marah dekat anak aku due org tu sebab terlalu stress bile teringat muke anak no3 aku tu. Kalau dulu aku nak serah budak tu pade orang. Tpi suami tak bagi. Sekeras2 die tak bagi. Tapi bile keadaan jadi tak terkawal,pade aku jugak die lepas marah!! Sekarang ni..mase aku tengah menulis nipun..aku rasa aku na mat!. baru puas hati semua orang! Tak ade lagi dah orang buat dose sebab aku.
Kadang aku sakit hati. Bile suami dengan makcik aku nampak aku agak normal skit. Mule la dorang pijak kepale aku. Tonyoh2 budak tu dekat aku! Maksud aku, suruh aku jage kejap la, suami amik peluang bawak balik rumah lame2 sampai tahap benci aku tu datang balik, pagi jengok budak tu sampai sehari suntuk.. bile balik meroyan dekat aku dengan anak2 kat rumah. Aku ni, kadang elok aku nak tengok budak tu. tapi jangan sampai budak tu buat perangai yang buat aku benci dan meluat! Nanti bebulan2 baru aku boleh terima nak tengok die. Aku dah tak tau mcm mane care aku nak sembuh dengan keadaan sekeliling masih tak berubah! Suami kadang faham aku, kadang tak!! Aku rase, Baik aku amik nyawa aku sendiri. Baru tenang suami aku. Baru die boleh berbahagia dengan anak no 3 die tu! Boleh die cari perempuan yang boleh bela anak2 die.. Terime kasih admin.




