Salam krt, harap admin hide kan prifil saya, Semenjak kebelakangan ni, isteri saya asyik marah² je, saya tau lah ,saya tak kerja ,tak usah lah marah² , macamana saya nak terus kerja kalau tak ngam dengan bos. Isteri saya kerja kerani kat kilang ,gaji dia boleh tahan , boleh kot tampung hidup sementara , anak seorang je ,hidup bertiga kot , sewa dan bil pun murah je ,tak sampai pun 2k sebulan.
Anak pula isteri hantar kat taska, sebab anak nak ibu dia dengan pengasuh yang kat taska tu je yang jaga kalau dengan saya mesti dia nangis , tu lah pasal saya tak nak jaga dia. Saya nak buat bisnes sendiri tapi isteri saya tak nak percayakan saya, dia tak nak bagi saya modal , saya tak kisah lah , dia tak nak tolong tapi janganlah desak saya , suruh cari kerja, saya tak nak kerja bawah orang, saya tak suka di arah2 tapi isteri paksa saya kerja..
Dia tak nak memahami saya, saya rasa buat bisnes lagi menguntungkan , keuntungan nanti saya bagi dia semua kot, dengan anak. Tapi dia asyik desak² saya cari kerja, lansung tak hormat saya sebagai suami . Apa nak buat dgn isteri macam nie mak cik dan pakcik bawang?? Tolonglah bagi idea yang membina, saya bosan lah dia asyik desak saya , boleh² dia kata , dia menanggung biawak hidup , sangat kurang ajar , tinggalkan baru tau ,isteri tak kenang budi .




