Assalamualaikum. just nak kongsi dan tanya pendapat netizen lah kan. .just sharing kisah keluarga mentua saya. bukan lah saya nak mengaibkan keluarga mentua tapi cuma saya tak faham cara hidup mereka. Saya ada keluarga mentua yang dikatakan berbolak balik, nak kata bahagia tak nampak pula keserasian mereka seperti suami isteri yang lain. tidur berasingan, pendapat saya pada mulanya maybe malu pada anak-anak kot. tak apa lah bab ni, satu lagi nak cerita pasal pengotornya mak mentua saya ni, tak tau nak cakap. bukanlah saya kata saya pembersih sangat tapi tak lah sampai tahap macam tu pengotornya. bayangkan bilik air kotor berlumut, mak mentua ni jaga cucu 3-4 orang (tapi bukan anak saya), ada dua orang yang masih baby. saya ada adik ipar perempuan 2-3 orang. mereka tak kerja dan bantu mentua duduk di rumah jaga anak buah yang lain.
Ok cerita bab bilik air tadi, boleh dikatakan semua bilik air dalam rumah tu berlumut kotor, yang paling sadis baru ni pergi rumah mentua saya nak ke tandas tapi tak jadi nak kencing sebab bau bilik air sangat busuk. bayangkan dalam toilet tu penuh dengan pampers anak buah yang menggunung. bila tanya stock sebulan kot tak buang. apa la salahnya masa mandikan budak tu pampers anak tu buang kat tong sampah, bukan jauh pun tong sampah dengan bilik air. ini tak, pampers bertaik tu dia boleh susun menggunung dalam toilet. uwekkkk, seriuss pengotor. Masa baru kahwin dulu pernah saya tolong kemas rrumah mentua ni cuci pinggan semua dalam singki, basuh baju (menimbun dalam bakul, maklum lah 10 orang duduk dalam rumah tu dengan cucu bagai semua) tak sampai sejam cuci, penuh balik kain dalam bakul tu. dalam hati terdetik mereka ni salin baju 5 minit sekali ke.
macam tu juga kemas rumah, tak sampai sejam, bersepah balik rumah macam tongkang pecah. Serius fed-up dah nak tolong. suami ada kata tak payah dah buat sebab dia ada adik perempuan. masalahnya aku tengok adik perempuan semua pemalas. mengangkang main fon saja 24 jam. pernah lah saya nasihat cara baik dengan adik perempuan suami. saya cakap, cuba lah kemas bilik air tu ,saya takut kalau ada tetamu keluarga atau jiran yang tiba-tiba datang nak melawat kalau mereka nak gunakan bilik air. tak malu ke keadaan bilik air begitu. sebab mak saya pesan: kalau nak tengok calon isteri tu pembersih atau tak kita tengok bilik air dia. Sebab tu saya jarang nak balik rumah mentua, sebab keadaan macam ni lah. tak lalu nak tengok keadaan kotor tu. saya tak hairan kalau rumah tangga mentua saya selalu bergaduh pasal perkara-perkara yang saya cerita tadi. bapak mentua penat bising suruh kemas, tapi tak tahu lah sifat apa yang ada dalam diri adik-adik ipar dan mak mentua saya tu. .yang peliknya, tak pula mereka ni kena penyakit sebab duduk tempat kotor macam tu.
Kalau awak ditempat saya , apa yang kamu semua buat? Nak kata tak tolong, ada saja saya tolong kemas. takkan hari-hari nak saya buat, penat tau penat. suami pun kata tak payah tolong. suami pun dah penat bebel kat adik-adik dengan mak dia. ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Bila makcik-makcik saudara suami yang lain tegur pengotor tahu pula melantun marah tapi tengok langsung tak berubah juga. Sampai saya pernah terfikir nak letak ular dalam bilik air tu Biar mereka tahu apa erti pengotor .