Salam admin dan semua. Saya seorang isteri da mmpunyai 2 org anak berusia 5 dan 3 tahun. Masalah saya alami skarang adlh adk ipar saya serumah dgn saya. Alasan nya suami tak ckup duit untuk mnampung sewa dan adik ipar mmbntu degn mmbayar sdikit duit untuk duduk dirumah kami. Semasa adk suami nak pindah rumah kami, saya tidak tahu apa2 kerana saya pulang ke kg melahirkan anak kedua kami. Tiba2 ibu mertua saya kata adk ipar akn tinggal smntara untuk dpt rumah sewa lain. Sayaa anggap semntara itu sebulan dua. Sekarang bila suami dah rasa keperluan untuk adk dia byr rumah bg mmbntu dia, dia biar shj adk nya duduk dgn kami. Saya sayag adk ipar saya akn ttp dia seorg yang saya ssh nak fahami. Die sgt kurang ajar. Tiada adab. Pemalas plg utama. Dia balik rumah masuk mcm nak pecah pintu terus masuk bilik dia.
Bile ajk makan dia dtg makan tanpa berkata apa lepas makan trus masuk bilik. Kami suami isteri jadi mcm pelik. Masuk rumah tiada salam bg makan tiada terima kasih. Muka ketat 24jam. Bila bercakap dgn dia sllu nya jd bergaduh sebab nya dia mnjwb cara tidak berhemah. Pemalas jgn kira. Ulat sampah dr dapur merayap ke depan (sedangkan dia tidur ruang tamu) tp tak dibuang nya dgn alasan dia tak buang smpah di dapur. (Kejadian ini terjadi semasa saya dan suami ziarah nenek kami sakit di kg dan dia tinggal seorg di rumah).
Bila kami kerap bsing die start tido dlm bilik. Ulat smpah dr bilik die merayap ke bilik utama iaitu bilik kami dan merayap ke bilik pakaian kami. Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati saya. Saya menangis semasa saya kemas bilik2 yang dipenuhi ulat. Suami minta saya kemas kerana suami kena pergi kerja. Saya juga bekerja tetapi timing saya lbih flexible. Maka saya yang kena buat. Semua negatif pada adk ipar saya ini. Saya cuba terima diri dia seadanya. Selama 3 tahun usia anak saya. Slama itulah dia ada bersama kami.
Pernah berbincang dengan suami perkara ini tetapi suami memerlukan bantuan sewa dari dia.sehingga die minta saya yang pulang ke rumah ibu bapa saya jika saya tidak tahan kerana tiada jalan lain lagi. Kenapa saya kena mengalah? Saya redho. Saya masih lg setia di sisi suami. Adk ipar saya sgt berkira. Bab makan minum jgn ckp la. Anak saya main botol air dia bli dr 7e die mrahnya anak saya. Sebab die sangka anak saya minum air dia. Allah bdk tu bru setahun lbih masa tu. Bukak botol pon taktahu. Saya taktahan. Sumpah demi Allah saya taktahan.
Kdg2 saya terfikir kenapa ibu mertua saya buat mcm ni pada saya?sdangkan dia tahu kami mmg mengalami masalah dlm rumah tangga dr mula kawin smpai sekarang dtmbh pula dgn diletakkn anak perempuan die yang jahat dan pemalas mcm tu dlm rumah kami. Kami mmg takkn bahagia smpai matti. Smpai hati mak mertua saya. Die kerap salahkan saya klu melibatkan anak die. Walaupon dia tahu anak dia salah. TAKkisah lah suami atau adk suami. Saya juga tidak permah mndapat satu sen nafkah dr mula saya kahwin 7 tahun lepas n mak mertua kata anak dia takmmpu. Saya diam. Sdangkn stiap bulan anak die bg pada dia duit.
Setahu saya nafkah utama adlh isteri dan anak. Maaf klu saya salah. Bru2 ini buat saya bertambah sakit hati. Dah 3 tahun saya hadap perangai adik ipar saya. Saya tahan tahan tahan tahan. Tp kli ni saya takblh tahan lagi ya Allah. Mak mertua saya dr kg dtg melawat kami. Masakkn kami gulai. Masa itu mk mertua dah nak balik jd die masakkn kami balik kerja blh makan. Saya rindu masakan kg. Saya pon berbunga2 hati saya. Air tgn mak pula tu. Adk ioar cuti. Die puas makan siap ditapaunya separuh letak dlm peti. Saya dan suami dapat la merasa 2 kali makan sorg sekali kemudia ada sisa sikit saya terfikir ya Allah andai kata ade rezeki saya nak tambah lauk. Kuah dan campurkn adunan supaya saya dan suami puas makan esoknya.
Pada mlm tu saya tambah sdikit apa yang ada di rumah. Seperti ayam da lain2. Mlm tu saya tinggal periuk atas dapur. Sebab saya nak panaskn pukul 3 dan pukul 6 pagi esok supaya tak basi. Saya pon keluar bekerja. Balik tu saya semangat ambil anak2 saya beli barang2 tmbahan. Smpai di rumah tinggal suku dlm periuk dan ayam kecil2 2 ketul. Allahuakbar. Sedihnya saya. Saya tak marah die nak makan tp saya marah sikap dia. Yang dalam peti die tak usik akn tetapi yang dlm periuk di tapaunya pergi keje balik kerja dimakannya lagi. Menangis saya telefon suami. Alasan die, die ingat itu mak masak. Allah klu btul mak masak kenapa dalam peti engkau makan. Dalam periuk juga engkau makan? Kami ni mak kol tanya dah makan ke apa kami trkulat2 je makan sisa.
Sampai satu tahap saya terus campak bahan dalam sinki sampai ke hari ni saya tawar hati benci saya membuak2 saya rasa nak bercerai dan biarlah suami duduk dgn adk dia berdua. Saya dah tak mmpu. Saya mohon pndangan semua. Saya bukan kakak ipar yang jht. Saya takpnah berkira. Saya belanja stiap kli makan bersama kerana suami takmmpu. Tetapi dia? Setiap satu ringgit yang die belanja kami n kami hutang die tak minta tapi akn kol mak dan mak akan transfer gnti balik duit dia 1 ringgit. Kedekut berkira busuk hati. Saya taktahu nak describe mcm mana. Walaupon sudah bekerja. Gaji besar ayah mertua tambah lg 2 ribu setiap bulan. Suami saya update buku bank die n saya tiada niat nak dengki atau apa tp apa yang blh saya kata sbiji rumah pon die blh bli dgn usia dia 27 tahun tu. Saya taknak ulas lebih pasal duit dia itu




