Salam KRT. Aku telah bkahwin hampir 6tahun dan mempunyai seorang anak berumur 3 tahun. Sekarang aku sedang hamil kn anak kedua kami. Aku berumur 29 tahun dan suami 32 tahun. Aku nak minta pendapat warga KRT tentang MIL aku. Maaf kalau kisah ni panjang sebab aku xtau nk mula kan dari mana jadi aku mula kan cerita dari awal. Suami aku anak ke 2 dari 5 adik beradik. Suami masih ada ayah dan ibu. Suami bkerja operator loji. Aku bkerja sebagai spa therapist. Awal pkahwinan aku ada salah faham dengan MIL aku. Macam2 yang MIL up di fb tentang aku lepastu aku jadi mengamuk tapi silap aku ketika itu sebab tlalu ikut kan marah dan tidak matang sehingga kn MIL minta suami aku cerai kan aku. Tapi suami aku tidak menurut nya. Aku mengalah aku ajak suami balik kampung dan memohon maaf pada MIL.
Selepas itu MIL xada lagi up bukan2 di fb. Aku pn jalani hidup macam biasa. Suami aku pula sejak kawin tak pernah bagi aku nafkah. Makan pakai aku dan anak aku kena cari sendiri. Suami hanya mampu beli susu, pampers anak bayar kereta dan bil2. Gaji selebih nya akan di hantar di kampung untuk bantu adik2 belajar dan untuk MIL aku. Aku hanya mampu redha. Setiap taun suami aku bonus ketika raya aku x pernah merasa. Tak ade ape yg suami beli untuk aku. Tapi bila pulang ke kampung MIL aku bcerita suami aku bonus die dapat shoping itu dan ini. Sedang kan baju raya dan keperluan raya aku anak dan suami aku yang beli kan. Aku ada penyakit slip dics.
Walau sakit aku tpakse keje sebab aku tau suami aku xkan mampu. Aku kene keje untuk bantu dia. Taun lepas suami aku mula bniaga on9. alhamdlh dapat stabil kan sikit ekonomi kami. Suami beli kan aku gelang rantai emas untuk aku walau pun aku x bminat dengan emas. Kata nya sebelum ni dia x mampu. Untuk raya tahun lepas pun suami dapat beli kan keperluan raya untuk aku dan anak. duit ke kampung pun suami hantar semakin lebih. Apa yg MIL minta suami akan tunai kan. Aku hanya mampu diam sebab bagi aku itu ibu nya. Baru2 ni famly MIL aku hadapi masalah. Tuan tanah rumah yg MIL duduk nak jual tanah itu.
Aku ade adik ipar lelaki berusia dalam 22 tahun yg baru bkerja dalam unit uniform. Ada pangkat juga. Suami suruh dia loan untuk beli tanah itu. Tapi loan x lepas. Tpaksa la suami loan untuk beli tanah itu. Loan lepas. Aku agak kecewa juga sebab suami langsung tak ada bincang dengan aku untuk tambah utang sedang kan suami da bjanji lepas habis bayar kereta baru kami akan beli rumah. Sekarang kami hanya tinggal di kuaters. Bberapa hari lepas tu adik ipar ada whatsapp di group famly yg dia ingin btunang dan bkahwin pada hujung taun ni. Suami aku tgur supaya tangguh kan dulu sebab dia baru bkerja dan masih muda. Suami minta untuk dia bantu adik yg bongsu untuk sambung belajar. Tapi MIL tak dapat terima apa yg suami tgur adik nya tu. MIL ungkit semua kisah lama saya dan dia bgaduh.
MIL harap kan menantu kali ini dapat menyenangkan hati die. Aku terasa bila baca whatsapp group tu. Btaun aku diam dengan apa yg jadi. Hak aku sebagai isteri di ketepikan. Tapi yg buruk juga MIL ingat. Aku cakap pada suami aku da xnak balik ke kampung nya. Aku da penat hadapi semua ni. Aku da penat hegeh2 pada yg tak sudi. Suami cakap die pun dah tak nak balik kampung. Die terasa. Lepas ni dia akan dahulu kan famly kami. Dia dah xnak amik tau hal kampung melain kan tentang FIL n adik bongsu nya. Tp sekarang aku jadi risau. Aku takut MIL akan salah kan aku bila suami aku buat macam ni. Apa yg patut aku buat??




