Aslmualikum admin dan krt. Aku hanya meluahin.. Maaf kalau luahan aku ni tak seberapa, sebab aku bukan pnsyair, atau pun penulis, namun hanya ni saja bole aku luah. Dulu aku seorang isteri. Yang terasa amat bahagia di dunia ni. Kami kawin bawa umur min.. Sebab gatal sangat kan. Kami bercinta masa zaman sekolah lepas spm kami trus nikah.. Pada masa tu smua rasa manis sja.. Kentut pn rasa wangi. Pada usia kami 25 tahun. Suami aku keluar kan sebuah kereta viva, aku sangka dengan viva tu dia akan hantar aku kemana2 sebab dlu aku selalu baik bas ke pasar atau ke mana2.
Tapi hari tu Start sana lah ujian datang bergilir2 min. Suami aku kantoi gila betina sampai lah aku di madu kan tanpa pengetahuan aku, sebak saja aku rasa masa tu min. Anak baru 1 masa tu. Dia mula menunjuk kan sikap dewasa nya, eyalah pada usia muda kan khwin, belum lagi merasa nikmat dunia masa remaja langsung khwin… Terasa beban sangat min aku pikul..
Aku hanya mndiam kan diri selepas tahu aku di madu kasih kan.. Sampai lah aku tuntut cerai sebab dia tak berapa adil masa tu. Aku di biar kn trkontang kanting, bergantung tak brtali. Madu ku pernah wasap maki hamun aku, dia cakap aku tak pandai jaga laki sampai lakiku cari dia, dan suamiku cerita kalau aku tak pandai melayannya. Aku seperti batang kayu. Dan punca itu suamiku cari lain. Aku di biar kan duduk dirumah mak ayahnya sebab aku anak yatim piatu. Lagi mak nya seperti tak suka aku sebab, aku dilayan seperti bibik. Bila aku nak makan sesuatu. Mertuaku baling2 barang d dapur. Allahuakbar. sedang kn dia hidup hppy di rumah bini kedua.. Bayang kn.. Aku lah yang orang prtama pahit manis semua. Dari tiada apa2 sampi lah ada kereta rumah.. Senang2 saja bini kedua bolot. Memang masa tu rsa macam tk nk hidup dah min.
Aku berdoa setiap sujud ku. Kalau dia bukan jodoh ku.. Ringan kan lah mulut dan hati nya untuk melepas kan aku.. Brtahun2 Aku di madu kan. Tampa sebumbung.. Aku bertahan demi kasih sayang ku terhadap dia dan anak, Akhir nya min aku dapat tahu dia terkena knser Ya allah aku sujud min walaupun aku di madu kan Aku terlalu sayang kan dia. Yang paling menyedihkan min di saat suamiku sakit dia masih sempat menyambut hari jadi isteri kedua dan anniversary mereka sedangkan aku? Birthday aku langsung dia tak peduli, dia seolah benci dengan aku, apa salahku min?
Dan bukan brakhir di situ lagi kurang lebih jm10 ada satu panggilan ni min Mengatakan laki aku hanya sebut2 saja nama aku min dia terlalu nazak dah min. Dan sikit pun tak ada sebut nama bini muda nya. Aku macam dah tak tahu nak buat apa dah min. Dengar cerita isteri muda nya pun tak jaga dia dan sudah lari sama lelaki lain. Sampai lah dia meninggl jam1 tengah malam. Aku tak ada melawat d hospital. Bila tengok jenaz*h arwah suami di rumah mertua. Aku yang terasa tenang dengan pemergian nya min. Dan 2 tahun dah berlalu arwah pergi. Semoga suamiku tenang d alam sana. Aku pun tak pasti adakah aku sudah maafkan dia atau tidak.




