Salam warga krt , dan admin .. tolong hide profile ni ya macam biasa … aku nak luah sikit . aku dengan suami dah berkhwin selama 2 tahun lebih ..dah ada anak 2 orang. anak pertama 2 tahun , anak no. 3 bulan. macam ni. malam tadi kami bergaduh teruk berpunca sebab suami hari2 balik kerja terus capai fon main pubg ,dan seterusnya hadap video . anak aku yang sulung lapar perhatian dia .mklum la..kerja pagi balik mlm . bdk bru nak mmbesar memang nak kan perhatian mak dan ayah . tapi suami aku boleh marah anak siap cakap mnyusahkn dia, semak lah macam2 . akhir nya anak baring sebelah aku ddk gn aku je.. aku malas nak besarkn hal.
Lepas tu aku ajak la berbora..yelah min , hari2 aku duduk ber3 je dengan anak2. kawan2 semua dah ada life masing2. aku terperap dalam rumh.moto tak ade. nak keluar dekat2 pun susah. memang life aku bangun tido urus anak2 urus rumah. urus macam2. cukup senang je suami aku balik makan dah ada , baju dah ada. Anak2 smua dah lengkap. dia btul2 tinggl makan dan sarung bju g kje je.. tapi balik2 trus hadap hnfon. nak ajak borak pun langsung tak berbalas. macam2 sembang. tapi dia buat aku tak wujud je. actually game tu punca dah banyak kali kmi bergaduh truk2 sebab melalaikn sgt2.
Anak aku no 1 dan no 2. Boleh kira je brapa kali dia tolong urus. Itupn lepas aku dah naik angin. aku jgak manusia.ada sakit. ada penat.. aku fulltime house wife. pasal urus anak2 aku tak kesah sangat sebab aku tak kerja.. tapi bab perhatian kat anak2 dengan aku je … pastu. sambung balik part gaduh tu , bertengkar lah kami berdua sebab game tu. Last dia tampar aku. aku terjatuh. kalau nak tau. Ni bukan kali pertama sebelum2 ni dia cekik aku , dia tutup mulut dan hidung aku sampai aku rasa macam dah matti ke ni.
ok. Lepastu aku jatuh. dia Cakap kt aku ( korang sedar tak korang banyak berhutang budi dengan aku !!!) … aku diam min dia cakap macam tu. aku macam. dah rasa dia tak ikhlas bagi nafkah dan makan pakai kt anak2 dan aku. sekarang ni aku dah rasa macam tak tahan. aku nak mitak cerai. Tapi fikir anak2 masih kcik. suami aku dah banyak berjanji tak buat lagi. tapi tetap buat. banyak kali gaduh. aku tak control sgt life dia aku cakap. nak main. main lah perpada2 ingat , anak masih kcik dan banyak perhatian dr mak pak lgi. Tapi dia buat taktau je.
Aku sekarang ni dah rasa membazir air mata je umtuk orang2 macamni. lama2 aku jd wife yang biadap. Enah la min. Sekarang aku buntu. dia cakap aku takkn boleh hidup tnpa dia . kalau bercerai dgn dia … skrg ni aku rasa nak lari ke johor je . sedih lah min .. maaf kalau ada perkataan2 yang terabur…otak aku dah buntu kusut sgt2.. fikir anak2 je
terima kasih ye min tolong siarkn luahan saya .. pada acik2 mmbwg..tolong lah beri pndanngan yang baik2 . komen yang blh beri aku semangat . terima kasih smua ..maaf skali lgi jika ada ayat2 yang tunggang terbalik.




